Saturday, 9 November 2013

Good Boy, Adam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam abah pergi ambil kad laporan Adam di sekolah.. Lepas solat Jumaat, abah pun pergi.
Lewat petang. Syafiqah dengan Sara tengah sediakan roti bakar untuk minum petang.. Lepas tu abah masuk dapur kata "kakak, Adam dapat nombor last dalam kelas" 
Me: hah?! Yeke?
Abah: Tapi minggu depan kena pergi sekolah Adam sebab Adam dapat hadiah..
Me: (hadiah untuk apa?)
Abah: Sebenarnya Adam dapat nombor 3 dalam kelas!
Me: eh eh.. (Masih tak percaya)
I'm still wondering how come he gets the 3rd best in the class.. He rarely studies at home..! He never does his homework at home?!

Lepas balik dari sekolah Adam, abah call mama nak bagitahu pasal result Adam.. Waktu tu abah dengan Adam dalam kereta on their way home.. 
Abah: Mama cuba teka Adam dapat nombor berapa?
Mama: tak tahu..
Abah: kalau dalam kelas dia ada 40 orang, mama kena kira dari belakang..
(Mama dah mula risau)
Mama: nombor berapa? (Nada sedih)
Abah: nombor 3!
Tetiba talian macam nak putus-putus..
Abah: mama hello.. Mama dengar tak?
Adam: kenapa abah, mama pengsan ke? 
Hahahah.. Soalan Adam tak boleh blah..

Waktu tengah makan malam tadi..
Kitorang tak habis-habis lagi cakap pasal result Adam..
Abah cerita waktu kat sekolah.. Abah nampak Adam dok main waktu abah sampai tu..
Depan cikgu, 
Orang lain suka panggil dia Muaz..
Cikgu: Muaz, awak dah bagitahu ayah ke awak dapat nombor berapa?
Adam: tak tahu (dia pun tak tahu yang dia dapat nombor berapa) 
Lawaklah Adam ni..
First words yang keluar daripada mulut cikgu "dia suka main"
Hahaha.. Memang pun.. XD
Abah: macam mana boleh dapat nomvor 3 ni? Dia hantar homework tak? Kat rumah dia tak pernah buat homework..
(Macam2 soalan abah tanya kat cikgu) 
Cikgu kata.. Dia selalu hantar homework on the spot.. 
Lagi 5 atau 10 minit nak habis waktu Adam siapkan homework cepat2 lepas tu terus hantar.. Patutlah waktu kat rumah "Adam ada homework tak?" "Adam ni takkan cikgu tak pernah bagi homework" 
Jawapan Adam "takde"
Abah tengoklah kerja-kerja Adam..
Abah: ni Adam buat sendiri ke cikgu tolong?
Cikgu: dia buat sendiri.. 

Dulu Adam ni, kalau balik sekolah terus cari iPad..  Nak main game la, layan youtube la, kadang2 dia control iPad dengan tv.. Suatu hari, abah buat syarat "Adam tak boleh main iPad waktu hari sekolah, hari sabtu dan ahad je boleh main iPad" 
Mula2 tu agak susah juga, jap gi dia marah.. Tapi lama2 dia okay... Sebab dia budak baik.. 
Okay that's all.. 
Congratulation Adam.. Keep it up!! 



Photos of Adam at Redang Island.. :)

2 comments:

  1. fuyoo..adik n kakak pun pandai..untunglah.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Aiman! Hehe.. Thank you.. Kau pun apa kurangnya, pandai juga..

      Delete

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...