Dalam hati 'oh noooo kena masak sendiri.. Ingtkan bulan ramadhan ni dapat cuti memasak'
Oleh sebab takde mood nak masak, maka Sara la yang masak aku just tolong potong bawang, carrot, kacau2 senduk..
Masa tengah ambil tomato dalam peti dan Sara pulak tengah masukkan puding laici dalam peti
Papp..! Elektrik takde.. 😑
Lepastu bibik aku risau giler "ahhhh gimana ni, nasi belum siap masak.. Sekarang dah setengah 7 (read: 6.30 petang)"
Masa bibik tengah kalut pikir nak masak nasi macam mana, aku dengan sara meneruskan aktiviti kami.. Kali ini kitorang buat air asam pulak.. Setelah potong tomato, cili, perah asam jawa dan masukkan dalam mangkuk, Sara kata "dah pergi masukkan air asam ni dalam peti ais, sejuk2 sedap"
Aku baru nak buka pintu peti ais baru teringat "eh elektrik takde, macam mana nak sejuk.. Lol"
No comments:
Post a Comment