Bunyi apa itu?
Hampir setiap malam aku dengar,
Dari bilik sebelah,
Bilik sebelah di dalam rumah jiranku,
Nyatalah betapa kuatnya bunyi itu,
Atau dinding pemisah rumah yang nipis,
Bunyi itu kedengaran jelas di dalam bilik ku,
Namun bunyi itu dari bilik sebelah dalam rumah sebelah.
Kadang2 bunyi biji-biji guli yang jatuh,
Kadang2 bunyi orang bertukang,
Ketuk-ketuk paku menggunakan penukul,
Tapi siapa yang bertukang pada malam hari?
Ada juga bunyi seperti perabot dialihkan,
Bagai bunyi kerusi kayu yang ditarik,
Tapi..
Malam tadi lain bunyinya,
Belum pernah didengar,
Aku sendiri tidak dapat meneka bunyi apa itu,
Adikku turut menyedari akan bunyi itu,
Kuat bunyinya,
Malah makin lama makin kuat.
Aku bergegas ke kamar ibu ayah ku,
Ibuku juga dengar,
Namun bunyinya tidak sekuat yang aku dengar dalam bilikku,
Ayahku mungkin tak dengar,
Kerana ayahku asyik mendengar ceramah di internet.
Sebaik ibu ayahku berada di kamar kami,
Bunyi itu hilang,
Ke mana perginya bunyi itu?
Runsing.. @_@
No comments:
Post a Comment