Okay sebelum-sebelum ini Syafiqah pernah cerita sikit pasal penyertaan Syafiqah dalam perkhemahan Kadet Bomba Penyelamat Malaysia peringkat negeri kan.. Dalam entry tu tak ada gambar, apabila baca macam karangan pulak kan? Baiklah entry kali ini Syafiqah nak share gambar yang ada.. Sikit je.. Sebelum ni Syafiqah tak ada gambar ini sebab penggunaan peralatan elektronik diharamkan semasa perkhemahan..
Okay gambar pertama tu adalah gambar sewaktu kitorang baru lepas berkawad. Penat dan panas.. Ketua kontijen kitorang rebah lepas keluar dari padang kawad.. Lepas tu, kitorang jadi bersemangat apabila ada seorang jurugambar cakap "okay duduk kat sana, nak tangkap gambar ni" semua happy je time tu.
Gambar 2. Hari terakhir perkhemahan.. Waktu ini majlis penutup sedang berlangsung.. Inilah kami dari platun Gombak.. Semua bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.
Gambar 3 di balai bomba dan penyelamat Rawang.. Waktu ni semua perasaan ada. Penat + sedih (kena berpisah) + happy (nak balik rumah). Dalam gambar ni tak ramai sebab kadet-kadet yang lain dah balik.. Tinggal kitorang je yang belum balik.
Gambar 4. Hari terakhir latihan pusat. Sepatutnya gambar ni letak dekat atas sekali.. Gambar ini diambil di balai bomba penyelamat Rawang, sebelum bertolak ke kawasan perkemahan di Kuala Kubu Bharu.
Korang semua!! Syafiqah rindu korang, platun Gombak Awesome!! Dan cikgu-cikgu.. :D
Cikgu, tahun depan saya nak sertai lagi perkhemahan boleh? Hehehe..
No comments:
Post a Comment