Friday, 10 January 2014

Burning desire..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning desire tu? Maksudnya semangat membara!! Ya, hari ni aku dah dapat semangat baru untuk membuat persediaan menduduki spm.. 

Hari ini ada seorang pensyarah, Pn. Azlizah namanya dari MSU.
Beliau telah jadi pensyarah sains kesihatan rasanya selama 16 tahun..
Alhamdulillah kelas saya terpilih untuk  dengar ceramah beliau.. 
Kelas sains tulen, sains agama, sains pertanian dengan kelas akaun je yang terlibat..
Antara ayat pertama beliau adalah
"SPM sistem tersusah di dunia"
Lepas tu, tapak Lembayung Kasih tu riuh sekejap sebab macam tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh beliau.. 
"Memang benar SPM sistem tersusah di dunia"

Cikgu pun pernah cakap, keputusan SPM tu penting.. Kalau merantau ke negara lain pun, diorang akan tanya keputusan SPM. Oleh sebab itu, saya nak kongsilah dengan korang yang akan menduduki spm atau mana2 peperiksaan yang seangkatan dengannya..

Bagaimana pembelajaran berkesan?

1. Wajib ada cita-cita..
 Cita-cita aku nak menjadi seorang pensyarah!! Bolehkah aku mencapai cita-citaku ini? Nak ajar kawan pun susah.. Contohnya ada sorang kawan ni dia tak faham apa cikgu ajar. So, dia tanyalah aku.. Pot pet pot pet aku terangkan siap lukis-lukis la ape la.. In the end, bila aku tanya faham? Dia geleng kepala.. ==' 

2. Matlamat.
Kita kena ada matlamat mulai sekarang.. Apa kita nak buat lepas SPM nanti? Ke mana kita nak pergi lepas SPM nanti?
Waktu beliau terangkan pasal matlamat, baru aku faham apa itu diploma, foundation, matrik dan stpm.. Lepas ambil mana2 daripada 4 tu barulah boleh sambung ijazah.. Korang mesti tengah gelakkan aku sebab aku baru tahu apa tu stpm.. Sebelum ni aku cuma fikir diorang ini dah dapat sijil berhenti sekolah tapi kena masuk balik sekolah.. Pakai baju sekolah macam budak sekolah rendah.. 
Lepas beliau terangkan semua itu, aku terus yakin untuk ambil diploma lepas spm nanti.. Dulu kakak aku pun ambil diploma.. Beliau kata  orang yang ambil diploma ni lebih matang berbanding yang lain sebab diorang dah tahu selok-belok kehidupan dekat universiti..

3. Ketahui kaedah belajar
Okay, sebelum tu saya minta korang pejam mata dan bayangkan ais-krim magnum. Lepas tu buka balik mata.. Hei hei, jangan tidur pulak.. 
Okay, bila pejam mata tu apa yang korang nampak? 
a) ais-krim magnum
b) ais -krim dan bunyi loceng
c) korang kejar-kejar motor ais-krim or orang yang ada ais-krim.

Kalau jawapan korang 'a' maknanya korang ni orang visual.. Orang ni study lambat.. Kalau belajar 'shhh' 'shhh' dia suruh kawan dia diam.. Dia kena fokus dengan apa yang cikgu ajar.. Kalau buat nota, dia boleh ingat sampai mati.. Hahha.. Kalau study group, kena belajar sendiri dulu baru boleh join study group..
Orang ni bangun pukul 5 6 pagi tu belajar.. 

Seterusnya bagi yang jawapannya (b)
Hmm tak tahulah apa namanya untuk orang dalam kumpulan ni.. 
Orang ni sangat bagus dalam study group.. Dia boleh belajar sambil dengar lagu. Inilah orang yang mendengar..

Siapa yang jawapannya (c) angkat kepala.. Korang ni dalam golongan kinestetik.. Dan golongan ni agak bahaya. Korang ni jenis yang tak boleh duduk diam waktu belajar.. Tengah belajar, korang goyang-goyang kaki, main-main pensel dan sebagainya.. Kalau dalam program motivasi korang rasa "ish, bila nak habis ni?!!" Kalau korang fokus dan disiplin korang jadi somebody, kalau tak korang jadi nobody. Korang ni sangat mempengaruhi orang lain.. Contohnya dalam study group tengah bincang pasal kesultanan melayu Melaka.. Tiba-tiba korang ubah topik pasal bola.. Time ni orang visual kena mainkan peranan.. Tepuk dia cakap "kesultanan melayu..." 

Aku orang visual, korang pula? 

4. Bila waktu belajar yang sesuai?
Jawapannya waktu sekolah..
Oleh itu, fokus ketika belajar..

5. Kaedah membaca yang betul
-jangan terus membaca
-baca tajuk besar dahulu
-kemudian baca tajuk kecil
-cari soalan-soalan spm tahun-tahun lepas.
-highlight
-buat nota ringkas

6. Kaedah catat nota.
Mudah untuk ingat.. 
-draf kasar -biasanya aku buat nota ni waktu dengar ceramah..
-peta pokok
-jadual -buat nota ttg perbezaan..
-peta buih
-peta alir -biasanya guna dalam subjek sains
-rajah pokok
-peta tulang ikan -sesuai untuk tulis isi karangan.. Formula maths pun boleh..
-peta minda- peta ni agak serabut
-bersiri - sesuai untuk subjek sejarah.

7. Buat homework

8. Jaga kesihatan dan pemakanan

9. Confident level tinggi
Supaya berani untuk berucap di hadapan..

10. Target tinggi-tinggi.. 9A+
Apabila kita target tinggi-tinggi.. Kita akan tinggikan usaha kita.. Kalau kita tak capai keputusan yang tinggi-tinggi juga..
Sekurang-kurangnya gred yang jatuh pun tak jauh sangat daripada target tu..

          Study smart


Inilah gayanya study bila peperiksaan dah dekat.. 





No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...