Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Sekarang ni Syafiqah nak cerita sedikit pasal seorang kawan Syafiqah yang nak pindah..
Nur Syazana namanya yang membawa maksud cahaya kecergasan..
Suatu hari di tapak Lembayung Kasih,
Hampir kesemua pelajar sibuk mentelaah buku sebab akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi..
Syafiqah dengan teman-teman rapat berkumpul di suatu sudut.. Sebenarnya bukannya sudut pun, kami berada dekat tengah-tengah tapak Lembayung Kasih.. Kami pun seperti pelajar lain sibuk membaca nota ringkas.. Belajar saat akhir, macam inilah jadinya..
"Korang, aku rasa asa sesuatu yang aku tak tahu sama ada patut bagitahu atau tak". Syazana bersuara.
"Cakap je, apa dia?" Syafiqah bertanya spontan. Syafiqah dengan Anis memandang Syazana dengan penuh tanda tanya.. Kemudian Syazana panggil Sarah dengan Shazwana yang berada di hadapan kami.. "Aku dapat tawaran pergi SBPI Rawang" Syazana berkata dengan agak perlahan..
Syafiqah dalam dengar tak dengar je sebab tengah membaca waktu dia bersuara.. Cuma dengar SBPI Rawang je.. Lepas tu otak tengah berfikir SBPI Rawang tu apa. Lepas tu baru teringat itulah sekolah yang Syafiqah, Syazana dan Laila mohon dulu.. Syafiqah cuba fahamkan apa yang Syazana cakapkan..
"Kau dapat SBPI Rawang?" Wana bertanya. "A'ah" jawab Syazana ringkas. Lepas tu kami serang dia dengan pelbagai soalan, dah tak hirau buku di tangan..
"Bila kau patut pergi?" "Hari ini kena daftar" dia jawab lagi.
"Kenapa kau tak daftar lagi" "sebab mak aku nak tanya sekolah tu dulu"
"Macam mana kau tahu?" "Dapat surat hari Sabtu yang lalu"
"Kau pergi tak?" "InsyaAllah pergi"
Pengawas bagi arahan masuk kelas.. Masa tu Syafiqah dah tak rasa nak baca buku dah.. Hilang mood belajar..
Waktu petang dalam bilik..
Kring.. Kring..
Ish, siapa pula yang telefon petang-petang ni... Dengus hati kecilku sememangnya Syafiqah tak suka jawab panggilan telefon..
Rupa-rupanya Syazana yang telefon, dia nak bagitahu yang dia akan pindah sekolah lepas peperiksaan pertengahan tahun.
Lepas peperiksaan semua pelajar akan cuti sekolah selama 2 minggu, maknanya dia akan pindah lepas cuti.. Kira baguslah tu.. Lagipun dekat sekolah baru dia tu pun tengah ada peperiksaan.. Bab yang mereka dah belajar mesti lagi banyak daripada kami.. Oleh itu, dia dapat kelonggaran untuk daftar lambat.
23.5.2013 hari terakhir peperiksaan.. Kertas Biology..
Syazana datang rumah Syafiqah.. Bukannya buat apa pun.. Cuma tengok tv je.
Anis Suraya pun ada sekali.. Lepas tu sebelum mereka balik kami ada sesi fotografi sekejap.. Haha..
Gambar pertama:
Waktu Syazana dan Anis Suraya di rumah Syafiqah
Syazana: buat (Y)
Syafiqah: tengah
Anis Suraya: sorang lagi
Gambar kedua:
Waktu Hari Anugerah Cemerlang..
Monday, 27 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...
No comments:
Post a Comment