Sunday, 26 May 2013

Buddyz tak akan berpisah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Hari ni Syafiqah nak cerita sikit tentang hubungan persahabatan..

Mereka bertiga ni kawan Syafiqah..
Kitorang kenal sejak tingkatan 2, tapi kami tidak begitu akrab. Aku belajar pada sesi pagi manakala mereka petang..
Kami hanya bertemu semasa latihan kawad kaki..

Tingkatan 3,
Mereka mula masuk sesi pagi. Kami kerap juga bertembung.
Hubungan persahabatan antara Syafiqah dengan mereka ada sedikit penambahan.
Sekali lagi, kami bersatu semasa latihan kawad kaki.. Teman rapat Syafiqah tak nak masuk pertandingan kawad kaki sebab PMR.. Syafiqah tak kisah semua tu sebab kalau kite mahukan sesuatu, kite akan lakukan apa sahaja.. Syafiqah mahu masuk pertandingan kawad dan 8A dalam PMR. Oleh itu, kenalah berusaha keras .. Ye dak? Merekalah sahabat Syafiqah.

Tingkatan 4,
Kami telah mewakili menyertai perkhemahan kadet bomba peringkat daerah dan peringkat negeri.. Dari sinilah kami jadi akrab.. Seronok sangat dapat kawan dengan mereka.. Diorang happy selalu.. Tak pernah gaduh-gaduh..

Satu perkara yang istimewa tentang mereka:
Walaupun berlainan kelas dan aliran, mereka tetap bersatu..

Seronok dapat tengok hubungan persahabatan mereka..
Seronok dapat berkenalan dengan mereka..
Seronok dapat berkawan dengan mereka..

Dalam gambar tu:
Fiza (yang paling hadapan)
Faseena (paling tinggi)
Farhana (emm.. Sederhana tinggi..)

Mereka buddyz tak berpisah..



No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...