Cuti sekolah tiba lagi!!
Apa perancangan anda pada cuti kali ini?
Bercuti? Study untuk peperiksaan penting? Duduk kat rumah je?
Rasanya cuti kali ini kite tak bercuti kot sebab Laila, adik kite harus menghadiri kelas tambahan di sekolah. Maklumlah tahun ni dia akan menduduki peperikasaan UPSR. Lagiun dia yang terakhir ambil peperiksaan ni, Adam (adik bongsu) tak ada UPSR nanti.. Oleh itu, Laila mestilah nak dapat 5A untuk UPSR dan Mumtaz untuk PSRA..
Dalam otak kite dah ada banyak perancangan untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah..
a) cuti-cuti belajar subjek Add Math.. Cikgu bagi modul untuk siapkan.. Tadi dah cuba buat tapi boleh jawab 3 soalan je.. Hmm.. Tak boleh jadi ni.. Oleh itu, kite buat perancangan ke-2
b) buat ulangkaji subjek yang lemah dan buat peta minda supaya kite boleh baca untuk peperiksaan akhir tahun nanti dan juga SPM.
c) kemas bilik.. Tempat pertama yang perlu dikemas ialah meja belajar.. Meja tu kite tak kemas semenjak kite menduduki peperiksaan PMR tahun lepas.. Lama tu.. Buku-buku form 4 pula tak cukup ruang nak simpan.. Payah.. Payah..
d) kemas rumah setakat yang mampu.. Kite tak ada pembantu rumah.. Oleh itu, kita harus membantu meringankan beban mama..
e) cuci kasut sekolah sebab dah sebulan tak basuh.. Bukannya malas tapi sibuk dengan tuisyen, nak study untu peperiksaan pertengahan tahun lagi, kalau ada masa pula lupa nak basuh..
f) download lagu banyak-banyak.. Kite suka dengar lagu. Lebih-lebih lagi kalau buat latihan math dan add math.. Kalau kite buat latihan subjek ni tanpa dengar lagu, 2 hari pun tak dapat nak jawab..
g) buat powerpoint untuk subjek Pendidikan Islam..
Setakat ini sahajalah perancangan kite.. Kalau ada lagi, kite akan share..
:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...
No comments:
Post a Comment