Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ini Syafiqah rasa sedih sangat, tapi tak perlulah bagi tahu pasal apa..
balik sekolah tadi rasa letih sangat..
lepas Syafiqah sidai baju, basuh baju,
TRUTT.. TRUTT..
telefon rumah berbunyi.. arhh malasnya nak jawab panggilan telefon tu,
telefon kat bawah, Syafiqah kat atas, rasa malas pula nak jawab panggilan telefon tu,
tapi Syafiqah jawab juga
pemanggil: Assalamualaikummmm..
Syafiqah: Wa'alaikumussalam.. (otak tengah mengesan suara pemanggil) Syazana!!!!
Syazana ialah kawan Syafiqah yang baru pindah selama 2 minggu di SBPI Rawang. lama tak jumpa membuatkan Syafiqah rindu kat dia..
Hypothesis:
makin lama tak jumpa, makin banyak cerita yang nak dikongsikan.
lama sangat Syafiqah bersembang dengan Syazana sehinggakan bateri telefon dia habis..
bersembang sampai 26 minit lebih lepastu tut..tut..tut..
dalam hati (mesti bateri dia habis) =='
beberapa minit kemudian, Syazana telefon semula.. sambung perbualan tadi..
macam-macam dia cerita. pasal kelas, kawan-kawan, dorm, suasana dekat sana, aktiviti dekat sana dan macam-macam lagi..apa yang Syazana cerita tu tak dela seteruk macam yang selalu kita dengar..
kalau anda pernah dengar cerita pasal suasana sekolah berasrama, mesti orang nak cerita yang bukan-bukan.. tapi apabila dengar cerita Syazana, happy je dia dekat sana.. Even, kawan-kawan Syafiqah yang masuk sekolah berasrama lagi awal daripada Syazana rasa tak tahan.. tapi Syazana okay je.. Students dekat sana friendly sangat.. diorang semua excited sangat apabila ada pelajar baru..
perbualan kali ini pun lebih kurang 26 minit..
banyak sangat benda yang Syazana cerita sehinggakan Syafiqah tak sempat nak cerita apa yang berlaku dekat SMK Rawang..
Syazana kata bahawa hari Sabtu minggu pertama dia dekat sekolah tu, kelas dia kena kemas dewan sebab ada. majlis.. Rawang sebagai tuan rumah.. waktu itu, dia terjumpa cikgu-cikgu SMK Rawang.
waktu Syazana terserempak dengan Ustazah Norazlin (guru PAI), "eh kamu" ustazah kata kepada Syazana. Ada seorang lagi ustazah (guru PAI 4 Anggerik) "eh kamu ni budak 4 Alamanda kan?"
situasi dengan cikgu Badrul pula.. cikgu pandang je Syazana mungkin tengah fikir kat mana pernah jumpa budak ni.. sebelum cikgu balik, Syazana cakap dengan cikgu yang Syazana ni dari SMK Rawang dulu.. maka segala persoalan cikgu Badrul terjawab. Waktu jumpa Ustaz
(guru PAI kami dari form 1 - 3). Syazana nampak Ustaz dekat bawah pokok, Syazana pun pergi dekat Ustaz lepas tu beri salam.. "Kamu buat apa dekat sini?" Ustaz soal.. hahhaha...
Syazana cakaplah dekat Ustaz yang dia sekolah dekat situ..
seriously, tak puas berborak dengan Syazana tadi..
Friday, 21 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...
No comments:
Post a Comment