Wednesday, 19 June 2013

ais-krim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk hari ini ialah ais-krim,
siapa suka makan ais-krim, angkat tangan! hahahaha..
Hari ini Syafiqah nak kongsi cerita tentang Syafiqah & ais-krim.
Apabila makan ais-krim, tengok orang makan ais-krim dan apa-apa yang berkaitan dengan ais-krim, Syafiqah akan teringat satu peristiwa ni..

Jumaat, 28.9.2012
Masa itu Syafiqah tengah tunggu van nak balik dari sekolah..
Entah kenapa van lambat sikit dari hari-hari lain...
Syafiqah nampak motor ais-krim.. Cuaca yang panas membuatkan tekak Syafiqah meronta-ronta untuk makan ais-krim. Tapi Syafiqah cuba kawal nafsu.. rasanya masa itu Syafiqah batuk-batuk.

Apabila tiba di rumah Syafiqah cakap dengan Sara "pukul 4 nanti jom pergi kedai, nak makan ais-krim"

5:00 petang
"bila nak pergi?" Sara tanya. "tak payahlah" itu sahaja jawapan yang Syafiqah beri.

malam.. menuggu kepulangan mama dan abah pulang dari tempat kerja.
mama call "jangan tidur lagi sebab mama beli ais-krim" hehehe.. hati Syafiqah berbunga-bunga.
Alhamdulillah dapat juga makan ais-krim.
Apabila mama dengan abah sampai rumah, Syafiqah nampak satu kotak besar yang tertulis Baskin Robbin. Ish.. takkan mama dengan abah beli ais-krim besar sehingga kena letak dalam kotak.
Rupa-rupanya mama dengan abah beli Baskin Robbin Ice-Cream Cake.. :) dapat makan puas-puas.

Kisah ini mengingatkan Syafiqah bahawa Allah Maha Pemurah..
 ^_^

No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...