Tuesday 30 August 2022

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers!

Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni sebab tak dapat join volunteering dekat Selangor. TAPI rupanya ada hikmah disebalik rejection tu. 😊Alhamdulillah 3x... 

Few days selepas previous post, aku dengan family aku datang ke rumah kaklong dekat Johor sebab masa tu dah boleh rentas negeri dan along pula baru 2 minggu pindah ke rumah baru. Lepas beberapa malam di rumah along, mama abah & adik2 pun pulang ke rumah. Aku pula sambung stay rumah along untuk lagi 2 minggu sementara aku tak terikat dengan apa-apa komitmen. Nak jadi cerita, kitorang tak jadi balik Rawang lepas 2 minggu tu sebab apa entah aku tak ingat (sama ada kawan2 along nak datang atau ada orang nak pasang perabot). Lepas minggu ke minggu, Malaysia diisytiharkan PKP2.0 pula. Maknanya TAK BOLEH RENTAS NEGERI!! Lepastu kena la extend masa stay dekat rumah along.

Maka aku makin agresif dalam usaha mencari kerja sebab tak tahu PKP2.0 ni akan berlarutan sampai bila dan aku segan la nak duduk dengan along tapi jadi useless πŸ˜”. Aku sampai tahap nak apply kerja untuk part-time. Aku minta nasihat along untuk improve aku punya resume sebab along HR (bonus point πŸ˜†). Ambil gambar dekat berlatar belakang kan dinding putih sebab nak update resume. Aku dengan kawan2 keep sharing mana2 job vacancy yang kitorang jumpa. Kitorang try lebih banyak employment platform. Kitorang dah kurang percaya dengan Jobstreet. Boleh kata none of us dapat kerja melalui Jobstreet, mungkin sebab saingan terlalu tinggi untuk kitorang yang freshgrad ni. Antaranya kitorang cuba guna MyFutureJobs, Indeed, cari iklan kerja dekat socmed, email direct ke company. Dan non-stop doa to Allah.

Di suatu petang, semasa aku mengadap laptop dan tengah apply kerja, aku received a call for an interview (IV)!! Ya Allah syukur Alhamdulillah. The day before aku baru je menangis mengadu dekat Allah 😭. Dapat IV pun aku bersyukur sangat, bak kata orang 'one step closer' gitu😜. Sejujurnya masa HR tu call dan perkenalkan diri, aku tak dapat tangkap nama company yang dia sebut walaupun selepas dia ulang beberapa kali (aku yang minta πŸ˜…). Selepas dia hantar email barulah aku tahu company apa.. hahaha.. I TELL YOU, MY SISTER (KAKLONG) VERY SUPPORTIVE YA! Aku training IV dengan dia, practice possible question yang akan ditanya & along hantar aku pergi IV (along tunggu dalam kereta la of course). Mama abah pun sangat supportive dari segi doa, & masa hari kejadian banyak advice buatkan aku rasa macam nak masuk dewan peperiksaan. πŸ˜‚

Fast forward, sekarang nak masuk setahun 8 bulan aku bekerja dekat Johor ni. Antara nikmat yang buat aku bersyukur dengan tempat kerja ni.

1) Jarak perjalanan 10 minit je dari rumah along!

2) Continue stay dengan along. I feel safe sebab ye la terpaksa berjauh dengan family.

3) Dapat tengok anak2 buah membesar & gaduh dengan diorang hari2 😜

4) Team leader & teammate yang sangat best (tapi lepastu sorang2 tinggalkan company 😭)

Yang challenging nya, lepas team leader tinggalkan kitorang.. Aku dan sorang senior colleague (tapi dia baru tukar position) terpaksa survive under very minimal supervision (yela siapa nak supervise kitorang). Setiap hari, banyak benda baru kitorang belajar, kena marah dengan boss sama2  πŸ˜‚, kena bebel dengan manager sama2, tebalkan muka tanya soalan remeh (mungkin).. hahahaha.. Kalau kena marah tapi ada input / aku belajar sesuatu, aku tak terasa sedih. Aku rasa "wah! knowledge baru!"

Okay itu je kot post kalini.. Rupanya hikmah sebab tak dapat jadi volunteer dekat Selangor tu, Allah nak bagi aku kerja Johor ni. Alhamdulillah..

Oh ya!! Di saat seseorang dalam fasa mencari kerja dengan rasa diri ni useless, heartbroken dengan setiap rejection, takde goal to achieve everyday; EMOTIONAL SUPPORT daripada orang2 disekeliling sangatlah perlu ya! To all jobseekers out there, GOODLUCK! πŸ’ͺ

 

Thursday 24 December 2020

Negative self-talk

 23/12/2020

 

Aku tewas untuk lawan negative self-talk. Macam mana? meh sini nak cerita..

Okay alhamdulillah aku dah settle degree masa akhir september 2020, tapi dapat senate confirmation on October. So, officially aku grad bulan Oktober 2020. Since July, aku dah mula cari kerja sebab aku tak suka menganggur lama-lama dan aku target kalau boleh nak secure kerja sebelum grad. Tapi sampai sekarang tak ada rezeki lagi. Mula-mula memang aku agak stress tapi aku dah kurang stress apabila aku buat something untuk distract diri aku dari terus rasa stress disebabkan all the job rejections. 

Antara yang aku buat :-

  • Dropship jual cookies & brownies
  • Agent Nasi Arab
  • Jaga bongkah-bongkah cendawan mama
  • Join free online seminar
  • Join paid class for resume & interview 
  • Main game Among Us dengan kawan-kawan seminggu sekali (awal2.. sekarang dah jarang2)

Yang latest, aku apply untuk jadi volunteer dekat 1 organization ni untuk projek baikpulih surau. Aku ajak bestfriend aku juga sebab kitorang sama-sama minat volunteering. Kitorang pernah join open volunteer and selalu share info pasal organization yang perlukan volunteer. 

Harini (23/12), bestfriend aku whatsapp tanya sama ada aku dapat apa-apa mesej tak pasal program volunteer yang kitorang apply tu. Aku katalah "tak", tapi bestfriend aku tu dapat. Dia kata mungkin nanti aku masuk team lain kot. Sebab program tu ada 6 team. Aku pun macam "mungkin" dan aku pun congratulate dia. Aku tunggu whatsapp notification dengan penuh kesabaran. Jarang ye aku buat begini.. aku ni dahla pemalas gila nak layan whatsapp. Tunggu punya tunggu, tak ada langsung news yang mengatakan aku diterima untuk join organization tu. Lepastu, benda ni trigger aku untuk negative self-talk. 

"Teruk sangat eh aku ni sampaikan application untuk jadi volunteer pun aku tak dapat?!"

"Banyak sangat dosa aku ni yang menjadi punca aku tak layak jadi volunteer. Tambah pula, volunteer untuk baik pulih surau. Surau kot." 

"useless nya aku ni. Dah la tak kerja lagi, nak jadi berguna dengan join volunteer pun kena reject"

Ayat-ayat di atas berlegar-legar di fikiran aku menyebabkan aku tak dapat lagi nak kawal air mataku jatuh.. sekarang aku sakit kepala sebab menangis... arghh..

Aku dengan kawan-kawan aku selalu je mohon kerja dekat company yang sama (company yang ada banyak kekosongan la of course).. Tapi aku tak rasa sedih pun apabila ada yang dapat panggilan untuk interview tapi aku tak dapat. Aku okay je, aku rasa happy untuk kawan aku tu..

Tapi kalini, aku bukannya rasa iri hati sebab kawan aku dapat join volunteer tu. Aku tak rasa cemburu langsung dengan dia.. Aku cuma aku sedih sangat kenapa aku tak terpilih... arghh..


Hey Syafiqah... This is not the end.. Ada je organization lain yang kau boleh apply..

Thursday 3 September 2020

Abah

 2 September 2020

Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah siapkan kerja2 lab yang aku plan untuk siapkan harini. Lepastu, aku pergi cari Mimo dekat lab, tunggu lif, jalan jauh dari bangunan fakulti ke pagar campus.. Last2, dalam pukul 5.30 petang baru gerak balik.  Waktu ni pula jalan dah sesak sebab ramai orang balik kerja. Jadinya pukul 6 baru sampai kolej kediaman.. Padahal, ambil masa ~15 minit je kalau tak jalan tak jem.

Apabila dah sampai kat kolej, aku pun park kereta kat parking sementara sebab kena lapor diri dekat balai pengawal setiap kali nak masuk. Peraturan makin ketat semenjak PKPP ni. Tapi kereta aku tak boleh start pula.. Aku agak bateri kong.. tapi kereta ni bergerak je setiap hari.. mungkin dah sampai masanya untuk ganti bateri baru.. Kawan aku, Mimo pula pergi minta tolong polis bantuan.. Datang la seorang polis ni and dia kata sah bateri kong.. polis ni siap suggest apa yang perlu aku buat.. Dia kata "google je kedai bateri, lepastu nanti call phone number kat website tu. Nanti, ada orang datang gantikan bateri". Aku pun okay kan aja.. Hujan pula makin lebat turun, jadinya aku dengan kawan2 aku just ambil barang dalam kereta dan balik ke bilik masing2. Aku bersyukur sangat x3000 sebab kereta tu mati kat dalam kawasan kolej, bukannya tepi jalan ke apa ke... 

Mimo kata "kalau polis tu tak tahan masa kita masuk tadi, mesti kita dah sampai tempat yang kau selalu parking". Mula2 aku setuju juga dengan apa yang dia kata tapi apabila fikir balik, nanti aku mesti tak tahu yang kereta aku dah habis bateri.. Kalau aku tak tahu harini, mesti esok pagi aku tak dapat ke campus.

Masa dah sampai bilik, orang pertama yang aku call mestilah ABAH..!! Lepas 3 kali call baru abah jawab, itupun abah baru nak solat. So, aku kata "okaylah abah solat dulu". sambil2 tu aku cari kedai2 bateri kereta area sini..

6.30 petang aku call semula,

aku: abah, buat apa?

abah: tak buat apa..

aku: abah, bateri habis (aku bagitahu dengan nada relax je)

abah: haa! bateri kereta ka?! kat mana sekarang?

aku: ha'ah. Kat kolej. kereta kat pondok guard

abah: okay, hantar gambar bateri lama.. abah pergi cari.. esok nak pergi campus pukul berapa?

Niat aku call abah cuma untuk inform.. Aku dah jumpa kedai bateri kereta.. aku call abah nak tanya apa yang perlu aku tanya masa call kedai tu.. Tapi abah lepas letak phone, abah terus keluar rumah pergi cari kedai beb 😭 tengah hujan lebat juga dekat area rumah masa tu.. 

Aku hantar link kedai area sini yang aku jumpa tu dekat abah. Sekali abah call cakap "abah dah beli". Allahu.. cepatnya abah.. 😒 lepastu aku kata "abah tak payah datang malam ni la.. datang esok je.. tak payah rushing2.. tak urgent pun" ya tak urgent tapi aku risau juga kereta tak berkunci.. tapi aku lagi risau kalau abah datang dalam keadaan rushing. abah pun okay kan aja..

Pukul 8 malam Laila whatsapp bagitahu kata "kitorang on the way". 

Nasib baik juga polis yang bertugas malam tadi polis yang sama aku jumpa petang tadi.. So, tak payah explain panjang2. Polis tu siap bagi pinjam torchlight. Polis tu borak2 dengan abah sambil abah ganti bateri tu, sekampung rupanya.. 

Pukul 9 lebih dah settle.. Kesian abah dengan Laila tak dinner lagi.

Dahlah beberapa hari sebelum ni, aku baru je merajuk dengan abah.. Atas alasan sebab abah tak ajak aku pergi breakfast.. Tak patut kan aku merajuk? Walaupun mama abah bungkuskan makanan untuk aku, aku tetap merajuk.. Haih~ Aku memang macam ni, aku tak suka kena tinggal. Lagi2 kalau bangun tidur tengok mama abah takde dekat rumah, aku dah bad mood dah.. sebab tak ajak.. Tapi tak selalu aku bad mood kalau kena tinggal. Aku bad mood biasanya sebab malam sebelumnya aku akan tanya "esok pagi nak pergi mana2 tak?" lepastu mama abah cakap "takde" tapi esoknya aku kena tinggal.. aku tak suka terlepas keseronokkan.

Terima kasih and sorry abah πŸ˜”

Wednesday 1 July 2020

Resepi Nasi Ayam Failproof

Assalamualaikum!

29 Jun 2020, aku dengan adik2 buat nasi ayam for the first time!! and sedap πŸ˜‹
Sebab tu nama resepi ni Nasi Ayam Failproof. Untuk korang yang first time nak masak nasi ayam jugak, kalau guna resepi ni confirm tak gagal. hohohoho... Kitorang berjaya masak nasi ayam yang sedap (ecehhh) padahal kitorang tak pernah masak pun hidangan ni sebelum ni. Mama je terer masak nasi ayam. Selalunya kitorang tolong potong timun, cuci salad, hidang atas meja.. hehehehehe... Resepi ni aku refer Azie Kitchen. Ada banyak resepi nasi ayam yang Azie Kitchen post, tapi aku pilih2.. untuk nasi refer post lain, untuk ayam refer post lain.. bahan2 juga ada yang aku tukar, guna apa yang ada dekat rumah je. Macam biasa, aku post dekat sini untuk rujukan masa hadapan.. kot2 nak masak nasi ayam lagi.

1) AYAM

1.1 Bahan-bahan rebus

  • 10 ketul ayam bahagian peha (tak kisah nak masak bahagian apa pun)
  • 2 inci halia - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 5 ulas bawang merah - kisar
1.2 Bahan-bahan perap
  • Kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit minyak bijan
  • garam
  • madu sikit
1.3 Cara Masak
  1. Rebus ayam dengan bahan-bahan rebus sampai ayam masak.
  2. Keluarkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perapan selama 15 - 20 minit.
  3. Goreng ayam sekejap atau masuk air fryer 180 C, 5 minit.

TADAA!! HASILNYA

2) NASI

2.1 Bahan-bahan
  • 2 sudu besar mentega
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 inci halia - tumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 cawan susu low fat
  • 1/2 kiub maggi ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • Rempah menumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
2.2 Cara Masak
  1. Cairkan mentega, tumiskan bahan yang dah ditumbuk bersama rempah menumis dan daun pandan sampai naik bau.
  2. Masukkan 2 senduk air rebusan ayam, susu low fat, kiub maggi ayam, garam, gula.
  3. Bila dah settle, tuang dalam 5 cawan beras yang dah cuci. Kalau air tak cukup, boleh tambah air rebus ayam tadi atau air biasa. Sukat macam biasa ikut jari.
  4. Nasi 5 cawan sebab boleh repeat untuk dinner sekali.

3) SAMBAL CILI

3.1 Bahan-bahan
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1/2 kiub maggi ayam
  • air rebusan ayam (ikut suka hati nak sambal banyak mana)
3.2 Cara Penyediaan
  1. Blend semua.

4) KICAP

4.1 Cara Penyediaan
  1. Masak kicap lebihan perap ayam sampai mendidih. Adjust gula dan garam.

5) SUP

5.1 Cara Penyediaan
  1. Adjust garam untuk air rebusan ayam. Settle!!πŸ˜†.


Akhir sekali, boleh potong timun, tomato atau makan dengan daun salad. Haritu, nasi kitorang agak tawar tapi bila makan dengan ayam dan kuah2 semua rasa okay..

Seronok tengok mama abah happy je makan lepas penat balik dari tempat kerja. Mama kata "mama memang terfikir nak masak nasi ayam pagi tadi sebelum pergi office, tapi tak sempat". "Mama ada bagitahu ke nak masak nasi ayam?" tanya mama lagi. Aku pun balas "takde". Aku terfikir 'mungkin Allah kabulkan permintaan mama nak makan nasi ayam. Kitorang (adik-beradik) ni sebagai perantara saja untuk Allah tunaikan apa yang mama nak'. πŸ˜„



Tuesday 30 June 2020

Sup Ikan Cara Mama

Assalamualaikum!!

Harini aku nak share resepi sup ikan special by mama. Aku tak suka sangat sup ikan. Tapi mama punya resepi sup ikan ni memang cannot resist! The only sup ikan yang aku makan.. Dahla sedap, cara masak pun simple sangat.. Aku nak upload dekat sini untuk rujukan masa depan.

BAHAN-BAHAN

A) Bahan tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5-7 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu kecil lada hitam
B) 1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih *bergantung saiz ikan. 2 sudu kalau ikan besar.

Campur bahan A, B, dan air sikit. Gaul rata..

C) Bahan tumis - mayang nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
D) Ikan (selalunya guna ikan tenggiri, sedapp.. tapi boleh guna juga ikan lain)

E) Bahan tambahan - optional
  • suhun
  • carrot
  • ubi kentang
  • daun sup
  • daun bawang
  • cili padi
  • asam limau
CARA MASAK
  1. Panaskan dalam 2-3 sudu minyak dalam periuk
  2. Tumis bahan C.
  3. Agak kuning, masukkan rempah yang telah dibancuh tadi. Kacau selalu supaya rempah tak hangit. Pastikan api perlahan. Masak sampai nampak minyak.
  4. Masukkan air dan ikan.
  5. Masak sampai mendidih.
  6. Masuk suhun yang dah dibilas. Tambah garam secukupnya.
  7. Potong daun sup, daun bawang, cili padi dan perah asam limau. *kalau taknak, takpe.
  8. Siap untuk hidang!!
Tadaa!! simple kan.. haritu aku buat letak suhun je.. bahan tambahan yang lain tak letak pun.. Tak ambil gambar pula haritu, tapi rupa sama je dengan sup ikan yang lain kalau search dekat google. Thank you. Selamat mencuba.

Saturday 13 June 2020

Allah Dah Aturkan Segalanya Tanpa Kita Sedar

Datangnya coronavirus yang tak diundang,
Setiap hari makin bertambah bilangan pesakit yang kena coronavirus,
Seluruh Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu bermula 18 Mac.
Namun, tempoh PKP bertambah, bertambah, bertambah sehingga ada sesetengah rakyat yang harap tempoh PKP bertambah lagi dan lagi walaupun ramai yang terkesan.

Okay post ini bukan nak cerita pasal kesan PKP kepada semua orang, dan bagaimana rakyat Malaysia bersatu dalam mematuhi arahan untuk menghentikan penularan wabak ini.. Sebab dah ramai youtuber terutamanya youtuber dari negara luar yang cerita tentang "How Malaysia Did The Impossible - Covid-19". Sesungguhnya aku bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupun aku dengan seluruh ahli keluarga aku bukannya front-liners, kitorang turut membantu negara dengan cara duduk diam kat rumah..

Post kalini aku nak cerita apa yang dapat aku pelajari dalam tempoh PKP ni, iaitu, Allah dah aturkan semuanya tanpan kita sedar. Pertama sekali, tiada sesiapa pun bersedia untuk ada PKP ni. Tambah pula, arahan dikeluarkan pada 16 Mac 2020 malam ye (masa tu aku tengah ada group project meeting) dan berkuatkuasa 18 Mac 2020. Masa pun terlalu singkat untuk buat apa-apa yang tak patut. Aku tak tahu nak mula ayat macam mana tapi aku bersyukur sangat⨉3000 Allah permudahkan segala urusan aku sekeluarga.

1. Experiment aku masih ikut timeline.

Aku merupakan pelajar sarjana muda tahun akhir, jadi aku kena buat final year project (FYP). Dalam projek tu aku kena kaji tentang microalgae. Benda pertama kena buat ialah grow microalgae tu dan dia ada growth curve. Sampai 1 tahap, dia akan mati. Aku bersyukur yang sehari sebelum PKP tu memang waktu yang sesuai untuk aku simpan biomass dia. Dahlah ini kali kedua aku cuba hidupkan dia. Kali pertama dah mati 😒. Lepas aku dah simpan dalam freezer, aku terus pecut balik rumah tanpa jumpa kawan2 kat hostel. Kalau aku tahu itulah kali terakhir aku jumpa diorang, mesti aku nangis sambil drive.

2. Adik-adik aku dapat balik rumah dengan mudah.

Aku ada 2 adik yang masih belajar kat universiti. Seorang di Shah Alam, seorang lagi di Dungun. Abah boleh ambil yang ada di Shah Alam tu. Tapi yang di Dungun tu abah tak boleh nak ambil. Tambah pula, masa awal-awal tu ada arahan suruh pergi buat permohonan dekat balai polis kalau nak merentas negeri. Malam sebelum PKP tu memang penuhlah balai polis dengan student yang nak balik rumah masing-masing.

Tapi Allah mudahkan urusan Laila yang di Dungun. Pada awalnya, Laila nak balik rumah 19 Mac dan dia dah beli tiket bas 2 minggu awal. Bila PM umum PKP, Laila hanya ada 2 pilihan nak balik rumah. Sama ada balik dengan maknjang atau balik juga masa 19 Mac. Pilihan kedua amat berisiko sebab stesen bas confirm ramai orang. Jadinya Laila balik dengan maknjang yang kebetulan bercuti di Terengganu. OPPS.. bukan kebetulan tapi perancangan Allah. Aku yakin yang Allah memudahkan urusan maknjang sekeluarga berjalan-jalan di Terengganu sebenarnya itulah jalan yang Allah sediakan untuk Laila balik rumah tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai risiko masa dalam bas. Laila pun selamat sampai rumah 17 Mac. Kawan Laila bagitahu ada yang tiket burn sebab universiti tak bagi student balik 18 Mac tu. Ada ibubapa yang datang pun tak boleh nak ambil anak mereka. 

3. Maktok2 dan wan kat kampung ada peneman.

Maktok Zah (belah mama) memang tinggal sorang kat kampung. Allah aturkan kaklong aku sekeluarga balik kampung 14 Mac. Kaklong aku yang asalnya nak balik rumah dia 20 Mac pun decide untuk terus stay kat kampung. Jadinya maktok pun tak keseorangan. Ada 2 orang cicit yang aktif bermain. Maktok kata along tutup pagar tak bagi maktok keluar langsung. Along yang dok keluar beli barang2 keperluan. Si Sabrina pula selalu ikut je maktok buat apa contohnya buh baja bunga. haihh... hahahaha

Dekat kampung sebelah abah pula, paksu Man pula yang terkandas kat sana. Di rumah Maktok Siah dengan wan lagi ramai budak kecil (budak sekolah rendah), anak2 maksu Ti dengan anak2 paksu Man. Maksu Ti pula cikgu yang rindukan sekolah, jadinya maksu Ti pun jadilah cikgu budak2 tu 🀣.

4. Hikmah mama beli laptop.

Aku tak ingat bila mama beli laptop, tahun lepas agaknya. Masa mama beli tu aku tertanya juga mama beli untuk apa. Sebab mama tak perlukan laptop pun di rumah. Selalunya mama cuma buat kerja menggunakan komputer di pejabat saja. Habis waktu kerja, mama balik rumah dan tiada keperluan pun untuk guna laptop. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya Allah izinkan mama untuk beli laptop sebagai persediaan untuk work from home masa PKP ni.


Aku bersyukur sebab semua ahli keluarga aku dikurniakan kesihatan yang baik dan segala urusan Allah permudahkan walaupun kami pun tak bersedia ketika dapat arahan PKP. Aku selalu tertanya-tanya doa siapa yang Allah makbulkan ini.

Aku ada banyak cerita, tapi aku tak reti nak susun ayat yang cantik supaya penceritaan ni smooth je. Harap kalian yang membaca ni faham apa yang aku nak sampaikan.

Panjang pula. Thanks for reading. Aku harap korang yang membaca ni pun sentiasa dipermudahkan segala urusan dengan izin Allah.


Tuesday 9 June 2020

syok sendiri

Masa PKP ni banyak betul masa terluang sampaikan aku ada masa untuk scroll balik post2 lama kat blog ni.. Walaupun ayat agak kebudak-budakkan sangat masa tu (mungkin sekarang pun masih sama πŸ˜‚), aku bersyukur aku update blog masa tu.. Sebab aku boleh mengimbau kembali kenangan lepas yang ada sesetengahnya aku dah lupa. Yang ajaibnya, aku dapat rasa balik perasaan aku bila baca post2 lepas, lagi2 pasal semua kenangan aku sebagai kadet bomba πŸ’—. Tapi ada juga post yang buat aku rasa cringe bila baca.. 😩 hahahahha adoii..

Andai kata ada yang baru jumpa blog ini dan stalk aku sampailah first post, ketahuilah masa sekolah menengah je aku minat artis Korea ye.. sebab pengaruh rakan sebaya.. Semua kawan rapat aku sangat2 meminati artis Korea, setiap hari borak pasal topik yang sama. Tambah pula, aku duduk sebelah si Syazana dalam kelas, dia punya pengaruh tu masyaAllah.. Tapi minat aku makin berkurang sejak Syazana pindah masuk SBPI Rawang. Dia dah tak de untuk menghasut aku.. hohohoho..

Sekarang aku nak rajin2kan diri untuk update apa yang telah aku lalui untuk aku ingat balik maklumlah aku mudah lupa sebab banyak sangat nak kena ingat. Lagi satu, mungkin penulisan yang lepas boleh buat aku jadi bersemangat semula bila aku perlukan. Contohnya, munkin dengan membaca post2 yang lepas, aku boleh rasa yang "kau takde la teruk sangat Syafiqah". Manalah tahu, kot2 suatu hari nanti aku berjaya jadi seseorang yang mengharumkan nama Malaysia dan ada wartawan nak interview aku.. Aku nak cakap "nah link blog saya, refer la sini" hahahaha... berangan.. πŸ˜›

btw readers (kalau ada), aku mungkin tak post benda2 penting.. aku post random things yang berlaku kat sekeliling aku je..

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...