Friday, 7 September 2018

Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha 2018

Assalamualaikum, selamat sejahtera,

Okay kalau korang dah baca previous post, ini topic pertama aku nak huraikan..
Raya aidilfitri & raya aidiladha with family!!

Raya aidilfitri tahun lepas boleh dikatakan lagi meriah berbanding tahun ni.. Macam raya tahun lepas semua family belah mama dapat berkumpul sama-sama masa raya kedua.. and kitorang dapat tangkap gambar full yang semua orang ada dalam gambar.. Tahun ni pulak tak semua ada dalam gambar raya family aku sebab kaklong raya dengan suami dekat Terengganu.

TAPI !!!

Suasana malam raya meriah giler!!! Aku dan family aku balik seminggu sebelum raya. Jadi, kitorang dapat berbuka puasa dekat kampung mama dengan kampung abah. Adil, kan?
Sehari sebelum raya, maklang, maknjang dengan makcik dah sampai rumah maktok (kampung mama). Seperti biasa, apabila semua orang dah ada, ditambah pulak dengan hari terakhir buka puasa, maktok akan masak sup daging special. Sup daging ni macam signature dish maktok la.. ditambah pulak ada daging bakar dengan air asam.. perghh...

Geng lelaki (abah, pakcik, paklang, paknjang, Adam) makan kat meja. Geng perempuan pulak bentang tikar, makan bersila.. kat kampung belah mama, geng perempuan ramai ahlinya..
Geng budak-budak pulak berkelah depan tv. Maktok pulak special. Apabila masuk je waktu berbuka, maktok akan solat maghrib & berselawat dulu. Lepastu barulah maktok makan.

Lepas maghrib je ada banyak benda kitorang buat.. Main bunga api sampai semput, isi kuih dalam balang, kemas ruang tamu, susun pinggan mangkuk.. macam-macam laa... Lepastu tiba-tiba rasa nak makan aiskrim.. Tunjuk muka kesian kat maknjang, lepastu maknjang bawa pergi pekan beli aiskrim.. dah la pekan jauh giler dari rumah.. huhuhu terima kasih maknjang..

Malam tu terasa panjang sangat.. Ada 1 masa tu bila semua cousins aku dah get ready nak tidur, tapi kat dapur bunyi riuh sangat.. Bila aku pergi dapur rupanya, adik-beradik mama dengan maktok dok bersembang sambil cubit-cubit lebihan lauk dan suap ke mulut masing2 (misi kurus kelaut..hahahaha)
Malam tu semua orang happy.. :-)

Raya haji tahun ni pulak lebih bermakna sebab dapat sambut raya dengan mama abah. Tahun lepas mama abah pergi menunaikan haji. Bila mama abah balik Malaysia, aku dengan sara dah nak kena balik hostel.. setiap tahun raya haji, maktok yang akan datang rumah. lepastu semua orang datang berkumpul kat rumah, mama dengan maknjang buat makan2.. Raya haji tahun ni special jugak sebab tarikh dekat dengan birthday maklang.. Masa raya kedua, buat family gathering jugak, Masa ni makcik buat surprise birthday kat maklang.. TAPI sedihnya aku takde masa family gathering ni!!!! sebab aku kerja.( T_T ) Family gathering kitorang simple je.. buat BBQ lepastu open table kat tempat letak kereta rumah..

suasana hari ketiga lepas raya pun best.. simple yet meaningful.. Bila ramai orang kat rumah, mama pun semangat nak masak.. mama masak breakfast banyak, boleh makan sampai tengah hari untuk semua orang.. lepas breakfast, lepak depan tv je.. suasana nyaman, cuaca kat luar pun elok.. tiba2 semua orang sehati sejiwa pulak layan drama Syurga Yang Tak Dirindukan 2 sambil makan keropok lekor panas2 yang maklang bawak dari Terengganu.. selalunya susah semua orang nak tengok cerita yang sama sebab masing2 ada taste sendiri la katakan.. hehehehe

Okayla sampai sini dulu.. kalau ikutkan hati nak cerita banyak lagi.. tapi sekarang dah 3.48 pagi tak tidur lagi.. esok nak kena ambik sara kat stesen ktm pulak.. tak pasal2 dia balik naik grab pulak nanti sebab aku terlajak tidur... kahkahkahkah

Terima kasih









No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...