Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas Syafiqah cerita pasal Anugerah Cemerlang Hal Ehwal Murid, kan?
Hari ini ada Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum..
Untuk beri penghargaan kepada pelajar yang telah membawa nama sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Semalam (Khamis) ada seorang member Syafiqah cakap dia dapat surat untuk jemput ibu bapa hadir sekolah.. Dia dapat anugerah..
Lepas tu, Syafiqah rasa macam hilang semangat sebab kenapa dia dapat tapi Syafiqah tak?
Sedangkan kitorang sama-sama pergi perkhemahan kadet bomba sampai ke peringkat negeri..
Syafiqah memang rasa down sangat..
Lepas tu, bangun daripada tidur pagi tadi.. Syafiqah still rasa macam tak semangat..
Mana surat untuk Syafiqah? Syafiqah tak dapat ke? Okay.. Tak pe.. Tapi Syafiqah still harap sesuatu yang miracle akan terjadi.. Syafiqah nak juga naik pentas.. Ish giler ke apa..
Tadi.. Sewaktu majlis tu berlangsung, mestilah ada ucapan pengetua kan? Pengetua pun berucap..
Lepas tu kan "sekolah mendapat tempat ketiga (kot) peringkat daerah untuk tarian, 3 KRS telah menyertai kem peringkat negeri dan seorang kadet bomba menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan"
Me: Huh? Siapa lagi dapat tawaran ke kebangsaan? Bukan ke Syafiqah yang dapat tawaran tu? Tapi tak pergi pun..
*nota: korang maaf ye kalau Syafiqah buat korang fikir yang Syafiqah ni berlagak.. Tak de niat pun.. Maaf ye.
Lepastu ada seorang member Syafiqah datang kata "Syafiqah, cikgu suruh masuk dewan. Anugerah untuk bomba kebangsaan"
Me: huh?! Alhamdulillah, satu keajaiban telah berlaku.
Syafiqah seorang je ambil anugerah untuk kebangsaan. Alhamdulillah..
Sebelum naik pentas, Syafiqah berdiri kat sebelah pentas..
Ada seorang cikgu tanya "awak ganti siapa ni?" (Kalau penerima anugerah tak de, cikgu cari pengganti)
Me: saya naik untuk diri saya..
Lepas tu, hampir semua orang kat sekeliling Syafiqah pandang semacam je..
One of the teacher looked at me from head to toe.
Lepas ada cikgu tanya "kenapa tak pakai uniform?"
Me: saya tak tahu pun pasal ni..
Cikgu pertama yang tegur kite tu kata kat orang lain, "ni peringkat kebangsaan ni"
Cikgu-cikgu lain pandang Syafiqah macam tak percaya je..
Syafiqah fikir cikgu2 tu cakap "betul ke budak ni?"
Penyampai hadiah pun macam terkejut tengok apa yang tulis kat plak tu..
Bila ambil, penyampai hadiah tu kata "ni ada peluang jadi bomba"
Hahaha.... Lawak je hari ni..
Alhamdulillah, all my hardwork paid off. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...
No comments:
Post a Comment