Saturday, 27 July 2013

lewat ke kelas!!

Assalamualaikum,
hmm... dah berapa hari Syafiqah tak update? ahh kesah apa, bukannya ada orang yang nak baca pun..
kiranya Syafiqah syok sendirilah kan? papejela..

hari ini Syafiqah nak cerita pasal semalam.. semalam cuti sekolah sebab Nuzul Quran..
perghh.. bosan duduk kat rumah, tak tahu nak buat apa..
semalam lepas buka puasa, macam biasalah Syafiqah dengan adik-adik tolong mama kemas dapur sikit.. lepastu solat maghrib, lepas solat tu Syafiqah menonton tv.. tiba-tiba..
"kakak!" Sara panggil sambil berlari turun tangga..
me:asal
Sara: hari ni bukan ada tuisyen ke?!
me: a'ah lah!! aduh cam ne boleh lupa ni!
(Syafiqah tengok jam dah pukul 8:35, sedangkan tuisyen mula pukul 8:15)
abah: tak payah pergilah.. dah lambat nak buat macam mana..
mama: pergi siap cepat..

at the end kitorang pergi la tapi lambat ..
waktu tu kelam kabut sebab nak bersiap.. takkanlah kitorang nak pakai baju tidur. ye dak?
nasib baik dah ada baju kurung yang siap digosok.. baju dah settle tapi tudung pulak masalah..
nak pakai tudung apa ni? nak gosok memang tak sempatlah.. Syafiqah pun pakailah tudung bawal hitam yang berkedut.. nampak selekeh la pulak. tapi takdelah teruk sangat kedut tu..
waktu tu dalam kereta Syafiqah asyik fikir ayat, macam mana nak cakap dengan teacher yang kitorang terlupa hari ni ada kelas.. perjalanan dari rumah ke tempat tuisyen tu kena lalu 3 lampu trafik. setiap kali sampai dekat lampu trafik tu, mesti tukar merah..
Alhamdulillah sampai ke tempat tuisyen, Syafiqah dengan Sara berlari naik tangga..
Apabila masuk je kelas, Syafiqah tengok semua orang duduk jarak-jarak..
oh man.. ada test la pulak... waktu sampai dekat kelas teacher suruh duduk lepas tu bagi kertas.. teacher tak tanya pulak kenapa lambat.. Alhamdulillah kitorang boleh buat test tu..

sepatutnya kitorang tuisyen setiap hari selasa.. hari Jumaat hari tu teacher buat kelas ganti.. nasib baik kitorang pergi, kalau tak kitorang kena datang tuisyen hari ahad pulak..



No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...