Alhamdulillah semalam 5/4/13 kite selamat sampai rumah.
Dalam previous post, kite ada cerita yang kite terpilih untuk sertai perkhemahan KBPM peringkat negeri .. Alhamdulillah all is well.. Kem tu berlangsung selama 4 hari di Taman Milennium Ampang Pecah bermula hari Selasa. So, hari Isnin tu kami wakil kontijen Gombak ada latihan pusat di Balai Bomba Rawang.. Waktu pagi hari Isnin tu, kitorang semua rasa kekok sikit sebab campur dari zon lain-lain.. Cikgu pula berusaha untuk buat kitorang bersatu.. Contohnya, cikgu bagi Cloud9 tapi kena share dengan orang sebelah.. Selain itu, cikgu bagi 1 botol besar 100 plus tapi semua orang boleh minum 2 penutup je.. Selain itu, ahli setiap khemah ditentukan oleh cikgu.. sah-sah lah tak dapat satu khemah dengan kawankan.. Hehe.. Sehari suntuk kitorang berlatih untuk pertandingan yang kitorang akan sertai.. Kite masuk kawad kaki, kawad hos kering dengan Brain & Brawn.. Waktu malam selepas Isyak kitorang berlatih kawad kaki. Kadet perempuan tidur dalam pukul 2 kot sebab kena kilatkan boot (padahal Cikgu Syafiq yg buat.. Thank you Cikgu) dan bincang strategi untuk menang pertandingan. Kadet lelaki tak tahulah diorang tidur pukul berapa tapi lagi lambat dari kitorang. Keesokkan harinya, kitorang kena berkumpul pukul 7. Tepat pukul 7 semua kadet perempuan dah berkumpul, tetapi lelaki tak ada. Then, dari bawah kite kira. Dalam kiraan 10 kadet lelaki kena da kat bawah. Kelakar gile tengok diorang lari2, semua muka baru bangun tidur. Kitorang bertolak dari balai menuju ke kem waktu tengah hari.. Yang bestnya dapat naik lori. Tapi kite naik kereta cikgu sebab ada banyak barang.. Setelah tiba di kawasan kem, kitorang makan tgh hari dulu, dirikan khemah, solat, berkumpul untuk dengar peraturan.. Hari Rabu dan Khamis merupakan hari pertandingan.. Perkhemahan ini disertai oleh 360 orang dari 10 daerah.
Hari rabu dimulakan dengan pertandingan kawad kaki pada jam 8 pagi, walaupun persembahan kami tidak begitu memuaskan tetapi jurulatih kami tidak bagi tekanan.. Selepas tu, pertandingan kawad hos kering perempuan dan aspec challenge lelaki dijalankan serentak. Bagi pertandingan KHK perempuan kitorang dapat giliran yg ke-9. Kitorang ada banyak masa untuk prepare. Pada awalnya kitorang rasa gementar sangat. Tapi cikgu pengiring dengan jurulatih tenangkan kitorang. Cikgu2 nak kitorang tenang supaya kitorang tak gelabah.. Cikgu bagi Sneakers, 100 plus, pastu kitorang pi duduk bawah pokok sebab cuaca terlalu panas, cikgu Ikhwan pasang lagu, dalam masa yang sama kitorang bincang strategi. Apabila tiba giliran kitorang, kite buat tugas kite iaitu bawa dividing briching,nozel dan hose. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kitorang semua sangat puas hati. Jurulatih kitorang (cikgu Ikhwan) cakap tak de penalti. Pada hari berikutnya kite terlibat dengan pertandingan Brain & Brown Challenge.. Walaupun apa yang kitorang buat tak berjalan lancar seperti yang kitorang harapkan, kite tetap puas hati dengan apa yang kite buat..
Pada malam terakhir kem, ada penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ke-3 dan ke-2..
Gombak awesome.... Kitorang dapat 6 perak dan 1 gangsa..
Kite rasa seronok sangat apabila kawad hos kering(p) dapat nombor 2!!! Sebelum majlis penyampaian hadiah, semua orang dah tak larat buka mata (mengantuk+penat).. Lepas dapat banyak medal, mata jadi segar..
Oleh sebab terlalu happy, ada datang 'tetamu' yang tidak diundang.. Rasa seram sangat masa tu.. Biasanya kite dengar cerita or tengok kat tv kalau berkaitan dengan 'benda' tu, tapi kali ni kita alami situasi begini.. Huh~ seram..
The next day, when we arrive at balai our trainer treat us KFC.. Yummy..
The sad moment was when all of us have to seperate on our own way..
Satu perkara yang kite suka waktu kem ialah waktu makan.. Mula-mula ambil pinggan masing-masing lepastu beratur ambil makanan.. Kena tunggu semua orang dapat makanan- baca doa- makan..
Rasa macam tinggal dekat nursery pula..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...
No comments:
Post a Comment