Friday, 18 January 2013

Rezeki tahun ini.. :)

Minggu ini, bermula dari hari selasa hingga khamis ada mesyuarat. Selasa ada mesyuarat kelab ping pong. Sedihnya nama kita tak ada dalam senarai sedangkan kita dah daftar nama kita. Rabu- mesyuarat agung kadet bomba. Alhamdulillah tahun ini kita jadi bendahari kadet bomba. Kini kita bukan lagi bendahari kelas tapi dinaikkan panglat sebagai penolong ketua kelas. Lepas itu dapat balik jawaan sebagai bendahari. Khamis pula mesyuarat agong Kelab Seni & Keceriaan. Kita berharap agar kita dapat jawatan. Tak kesahlah jawatan apa pun, kalau jadi AJK ting.4 pun tak apalah. Last-last kita dapat jadi pengerusi. Kita tak pernah terfikir yang kita akan jadi pengerusi untuk mana-mana kelab/persatuan. Kita tak gembira, kita tak kecewa, rasa macam nak letak jawatan pun ada tapi apabila fikir balik inilah masanya untuk kita kumpul markah kokurikulum. Apabila kita telah dilantik jadi pengerusi, kita rasa ada beban yang sedang kita pikul di bahu. Terasa berat sekali. Walau bagaimanapun kita akan cuba buat yang terbaik dan jadi yang terbaik. Kita tak mahu kelab seni & keceriaan tahun ini jadi macam tahun-tahun sebelum ni.. Sepi je~ tak banyak aktiviti. Apapun ribuan terima kasih kita ucapkan kepada cikgu Khalidah/ cikgu Kelly kerana telah mencalonkan kita. Jumaat minggu lepas ada mesyuarat agong rumah sukan, tahun ini ada 5 rumah sukan. Jadi, semua ahli rumah sukan dirombak. Dulu kita rumah merah(cenderawasih) sekarang ungu(kasawari). Rumah ungu adalah rumah sukan yang baru tahun ini.. Hmm.. dah panjang sangat ini kita berhenti dulu ye..

No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...