Monday, 24 December 2012

Alhamdulillah good news.

Semalam result PMR keluar. Seramai 30474 pelajar yang menduduki PMR dapat Straight A's dan kite merupakan antara pelajar yang dapat semua A itu.. Syukur alhamdulillah kite dapat 8A. Masa tengah tunggu result, handphone tak henti-henti berdering hingga habis bateri. Semua orang nak tahu result kite macam mana.. Dalam dewan, kite duduk dekat depan sekali dengan kawan-kawan seolah-olah sedang menanti nama kami dipanggil untuk naik atas pentas sebagai pelajar 8A. Alhamdulillah nama kami tersenarai sebagai pelajar cemerlang PMR. Mama pulak duduk belakang sekali dengan adik kecilku yang berusia 7 tahun. Apabila dah terima keputusan daripada pengetua, kite dan mama turun untuk mendapatkan Adam yang sedang menanti sendirian di bawah lalu dia berkata "bagus sangat ke 8A tu?" kite tergelak. Budak kecil tak paham lagi.. kite hanya mampu tersenyum rasa nak terjatuh pun ada mungkin sebab masih terkejut. Mama pulak telefon saudara-mara yang terdekat. Kite rasa bertambah gembira kerana 20 orang pelajar kelas kite telah mendapat straight A's. Dalam kelas kite cuma ade 25 orang je. so, kalau 20 orang yang dapat straight A's kira okaylah kan? lagi 5 orang tak dapat straight A's tapi tak bermakna mereka gagal.
korang nampak tak remaja perempuan yang berkaca mata tu. ha! itulah kite yang sedang berharap nama kite akan dipanggil. tangan menggil~seram sejuk semua ada.
 
 

No comments:

Post a Comment

Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...