Datangnya coronavirus yang tak diundang,
Setiap hari makin bertambah bilangan pesakit yang kena coronavirus,
Seluruh Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu bermula 18 Mac.
Namun, tempoh PKP bertambah, bertambah, bertambah sehingga ada sesetengah rakyat yang harap tempoh PKP bertambah lagi dan lagi walaupun ramai yang terkesan.
Okay post ini bukan nak cerita pasal kesan PKP kepada semua orang, dan bagaimana rakyat Malaysia bersatu dalam mematuhi arahan untuk menghentikan penularan wabak ini.. Sebab dah ramai youtuber terutamanya youtuber dari negara luar yang cerita tentang "How Malaysia Did The Impossible - Covid-19". Sesungguhnya aku bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupun aku dengan seluruh ahli keluarga aku bukannya front-liners, kitorang turut membantu negara dengan cara duduk diam kat rumah..
Post kalini aku nak cerita apa yang dapat aku pelajari dalam tempoh PKP ni, iaitu, Allah dah aturkan semuanya tanpan kita sedar. Pertama sekali, tiada sesiapa pun bersedia untuk ada PKP ni. Tambah pula, arahan dikeluarkan pada 16 Mac 2020 malam ye (masa tu aku tengah ada group project meeting) dan berkuatkuasa 18 Mac 2020. Masa pun terlalu singkat untuk buat apa-apa yang tak patut. Aku tak tahu nak mula ayat macam mana tapi aku bersyukur sangat⨉3000 Allah permudahkan segala urusan aku sekeluarga.
1. Experiment aku masih ikut timeline.
Aku merupakan pelajar sarjana muda tahun akhir, jadi aku kena buat final year project (FYP). Dalam projek tu aku kena kaji tentang microalgae. Benda pertama kena buat ialah grow microalgae tu dan dia ada growth curve. Sampai 1 tahap, dia akan mati. Aku bersyukur yang sehari sebelum PKP tu memang waktu yang sesuai untuk aku simpan biomass dia. Dahlah ini kali kedua aku cuba hidupkan dia. Kali pertama dah mati 😢. Lepas aku dah simpan dalam freezer, aku terus pecut balik rumah tanpa jumpa kawan2 kat hostel. Kalau aku tahu itulah kali terakhir aku jumpa diorang, mesti aku nangis sambil drive.
2. Adik-adik aku dapat balik rumah dengan mudah.
Aku ada 2 adik yang masih belajar kat universiti. Seorang di Shah Alam, seorang lagi di Dungun. Abah boleh ambil yang ada di Shah Alam tu. Tapi yang di Dungun tu abah tak boleh nak ambil. Tambah pula, masa awal-awal tu ada arahan suruh pergi buat permohonan dekat balai polis kalau nak merentas negeri. Malam sebelum PKP tu memang penuhlah balai polis dengan student yang nak balik rumah masing-masing.
Tapi Allah mudahkan urusan Laila yang di Dungun. Pada awalnya, Laila nak balik rumah 19 Mac dan dia dah beli tiket bas 2 minggu awal. Bila PM umum PKP, Laila hanya ada 2 pilihan nak balik rumah. Sama ada balik dengan maknjang atau balik juga masa 19 Mac. Pilihan kedua amat berisiko sebab stesen bas confirm ramai orang. Jadinya Laila balik dengan maknjang yang kebetulan bercuti di Terengganu. OPPS.. bukan kebetulan tapi perancangan Allah. Aku yakin yang Allah memudahkan urusan maknjang sekeluarga berjalan-jalan di Terengganu sebenarnya itulah jalan yang Allah sediakan untuk Laila balik rumah tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai risiko masa dalam bas. Laila pun selamat sampai rumah 17 Mac. Kawan Laila bagitahu ada yang tiket burn sebab universiti tak bagi student balik 18 Mac tu. Ada ibubapa yang datang pun tak boleh nak ambil anak mereka.
3. Maktok2 dan wan kat kampung ada peneman.
Maktok Zah (belah mama) memang tinggal sorang kat kampung. Allah aturkan kaklong aku sekeluarga balik kampung 14 Mac. Kaklong aku yang asalnya nak balik rumah dia 20 Mac pun decide untuk terus stay kat kampung. Jadinya maktok pun tak keseorangan. Ada 2 orang cicit yang aktif bermain. Maktok kata along tutup pagar tak bagi maktok keluar langsung. Along yang dok keluar beli barang2 keperluan. Si Sabrina pula selalu ikut je maktok buat apa contohnya buh baja bunga. haihh... hahahaha
Dekat kampung sebelah abah pula, paksu Man pula yang terkandas kat sana. Di rumah Maktok Siah dengan wan lagi ramai budak kecil (budak sekolah rendah), anak2 maksu Ti dengan anak2 paksu Man. Maksu Ti pula cikgu yang rindukan sekolah, jadinya maksu Ti pun jadilah cikgu budak2 tu 🤣.
4. Hikmah mama beli laptop.
Aku tak ingat bila mama beli laptop, tahun lepas agaknya. Masa mama beli tu aku tertanya juga mama beli untuk apa. Sebab mama tak perlukan laptop pun di rumah. Selalunya mama cuma buat kerja menggunakan komputer di pejabat saja. Habis waktu kerja, mama balik rumah dan tiada keperluan pun untuk guna laptop. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya Allah izinkan mama untuk beli laptop sebagai persediaan untuk work from home masa PKP ni.
Aku bersyukur sebab semua ahli keluarga aku dikurniakan kesihatan yang baik dan segala urusan Allah permudahkan walaupun kami pun tak bersedia ketika dapat arahan PKP. Aku selalu tertanya-tanya doa siapa yang Allah makbulkan ini.
Aku ada banyak cerita, tapi aku tak reti nak susun ayat yang cantik
supaya penceritaan ni smooth je. Harap kalian yang membaca ni faham apa
yang aku nak sampaikan.
Panjang pula. Thanks for reading. Aku harap korang yang membaca ni pun sentiasa dipermudahkan segala urusan dengan izin Allah.