Wednesday, 30 January 2013
My essay
Kita baru je siapkan karangan Bi. Dua minggu lepas kita buat tentang Yuna, kali ini kita buat pasal Greyson Chances. I was broken-hearted when i know that he came Malaysia last year.. Arghh.. I really want to meet him! He is so kawaii... >_< agaknya karangan kali ini dapat komen yang positif tak? Kekadang kita tension sebab kita dah buat sesuatu dengan penuh semangat tapi tak ada komen yang buat kita rasa seronok dengan apa yang telah kita lakukan.. Teacher, i've done this essay with sincerity.. I hope you will leave a positive comment.. If you say it is GOOD, i'm the happiest person.. :)
Friday, 18 January 2013
Rezeki tahun ini.. :)
Minggu ini, bermula dari hari selasa hingga khamis ada mesyuarat. Selasa ada mesyuarat kelab ping pong. Sedihnya nama kita tak ada dalam senarai sedangkan kita dah daftar nama kita. Rabu- mesyuarat agung kadet bomba. Alhamdulillah tahun ini kita jadi bendahari kadet bomba. Kini kita bukan lagi bendahari kelas tapi dinaikkan panglat sebagai penolong ketua kelas. Lepas itu dapat balik jawaan sebagai bendahari. Khamis pula mesyuarat agong Kelab Seni & Keceriaan. Kita berharap agar kita dapat jawatan. Tak kesahlah jawatan apa pun, kalau jadi AJK ting.4 pun tak apalah. Last-last kita dapat jadi pengerusi. Kita tak pernah terfikir yang kita akan jadi pengerusi untuk mana-mana kelab/persatuan. Kita tak gembira, kita tak kecewa, rasa macam nak letak jawatan pun ada tapi apabila fikir balik inilah masanya untuk kita kumpul markah kokurikulum. Apabila kita telah dilantik jadi pengerusi, kita rasa ada beban yang sedang kita pikul di bahu. Terasa berat sekali. Walau bagaimanapun kita akan cuba buat yang terbaik dan jadi yang terbaik. Kita tak mahu kelab seni & keceriaan tahun ini jadi macam tahun-tahun sebelum ni.. Sepi je~ tak banyak aktiviti. Apapun ribuan terima kasih kita ucapkan kepada cikgu Khalidah/ cikgu Kelly kerana telah mencalonkan kita. Jumaat minggu lepas ada mesyuarat agong rumah sukan, tahun ini ada 5 rumah sukan. Jadi, semua ahli rumah sukan dirombak. Dulu kita rumah merah(cenderawasih) sekarang ungu(kasawari). Rumah ungu adalah rumah sukan yang baru tahun ini.. Hmm.. dah panjang sangat ini kita berhenti dulu ye..
Graduasi PMR
Tadaa!! Hari ini ada majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 3(2012). Kita dan kawan dapat 8a terus, jadi kami dapatlah naik pentas. I'm so happy sebab dapat naik pentas pakai jubah macam budak universiti pula. Dari dulu kita berangan naik pentas pakai jubah. Alhamdulillah ada rezeki. Semalam cikgu bagitahu semua benda yang patut kita buat masa atas pentas, apabila dah naik semua benda kita lupa (gembira sangat!!) nasib baik pengetua ingatkan. Mula2 pengetua hulur tangan (salam) pastu pengetua suruh tengok kamera. Terkejut gila apabila kita tengok banyak sangat fotografer dekat depan pentas (macam papparazzi pulak). Kita confuse nak pandang kamera yang mana.. Lepas turun pentas, kita hilang arah tak tahu nak ke mana. Tapi sempat lagi kita minta iPhone dekat mama sebab nak tangkap gambar.. :) alhadulillah i'm so happy today! ^_^
Wednesday, 16 January 2013
permohonan tak diterima.
Hari ini kita buka blog sebab nak bagitahu yang kita tak dapat SBP. Kaklong dengan Teacher Azwa suggest kita buat rayuan. kalau ada rezeki tak ke mana. patut ke kita buat rayuan? sebenarnya kita tak adalah nak sangat-sangat masuk SBP, tapi apabila kita tak dapat tawaran ke SBP tu kita tak rasa gembira pun sedih pun tak. Lepas itu, kite buka facebook nak tahu juga siapa yang dapat. Tetiba rasa sedih sikit yela sebab cemburu dengan kawan-kawan yang dapat tu. Tetapi kalau kita dapat , mesti kita tolak tawaran tu. Sekarang ni kita tunggu keputusan dari MRSM. Kalau boleh kita nak tahu keputusan ujian yang kite buat untuk masuk MRSM hari itu. Banyak jawapan yang salah atau betul? Andai kata kita tak lepas untuk MRSM maknanya rezeki kita dekat SEMEKAR sahajalah..
Tuesday, 8 January 2013
kawan baru
pejam celik pejam celik dah 6 hari kite mulakan persekolahan. Seriously kelas tahun ni lagi best sebab ade pelajar berbangsa Cina dalam kelas kite. masa kite form 1 hingga form 3 dalam kelas kite ade kaum Melayu dengan India je. Wong Kah Mun antara kawan baru kite yang berbangsa Cina dalam kelas tahun ni. Sebenarnya sebelum ni kite memang ade kawan dengan orang Cina juga tapi seorang je nama die Canny Wong, baik orangnya tapi dah lame kite tak jumpa die. Kalau sekolah dekat Sabah or Sarawak mesti best juga kan? sebab dekat sana ada lagi banyak kaum. Masa kali pertama jalankan tugas sebagai bendahari pun kite rasa seronok. Maklumlah first time, kekadang takut juga sebab nak jaga duit tu, berdoa jelah yang mampu. Okay lah sampai sini je lah kite share pasal tahun ni, sebenarnya kite buka komputer untuk cari maklumat pasal Yuna nak buat essay esok tapi bende lain yang kite buka. bak kate pepatah "sambil mennyelam minum air" bye.. Assalamualaikum. XD
Wednesday, 2 January 2013
tahun baru di sekolah.
Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 4. Aku diselubungi rasa takut, malu, dan penuh tanda tanya. Aku ditempatkan di dalam kelas yang memuatkan seramai 53 pelajar.. fuyooo!! ramai sangat. Aku tidak kekok kerana wajah-wajah mereka tidak asing bagiku. Majoritinya adalah rakan sekelas semasa berada di tingkatan 3. Tahun lepas, akulah penolong ketua kelas tetapi tahun ini turun pangkat, aku dilantik jadi bendahari. Nak buat macam mana tidak ada rezeki di situ. Kira okay la tu sebab dapat pegang duit banyak sikit.. hehehe.. tak adelah gurau je.. aku tak kisah sangat pasal duit. Korang doakan aku agar menjadi bendahari yang amanah ye..
sekian,
sekian,
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hikmah dari Rawang ke Johor
Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan....
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kalau tengok tajuk kat atas tu, cewah.. Saja nak buat gempak.. Korang tahu kan apa maksud burning des...
-
20/12/18 8.57 pagi mama: kakak, malam ni ada apa2 ke..? me: takde.. kenapa mama..? mama: malam ni mama abah semua nak datang, kita kelua...