Thursday, 18 December 2014

Lulus ke gagal..?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu 17/12/14, 8.17 p.m
Phone aku bunyi. Setelah seharian aku menunggu call dari kak Nadia, ejen sekolah memandu, finally kak Nadia call. Aku tunggu call sebab esoknya (hari ni ler) aku kena ambik ujian undang-undang berkomputer. 
"Hello hello darling darling. Esok kena ada dekat office akak pukul 9. Bawa i/c, pakaian kemas, duit, buku, gambar" "gambar dah ambil dah..?" Tanya kak Nadia lagi "dah" aku jawab. Ye inilah antara perbualan aku dengan kak Nadia. Aku suka kak Nadia sebab dia seorang yang mesra, suka buat lawak dan selalu cakap laju. Ehehhe.. 

Aku dah berdebar-debar. Sejak aku balik daripada kursus kpp 01 minggu lepas, aku bawa buku undang-undang tu ke mana sahaja sebab nak baca walaupun aku tahu yang aku takkan baca. Sejak balik dari kursus tu juga aku baca tu sampai HABIS sekali je. SATU KALI je. Dan sah2 la tak berapa nak faham apa yang aku baca tu. So semalam aku ulang baca buku tu sampai habis. Aku tak nak gagal sebab nanti kena repeat. Buku tu best sebenarnya. Sambil aku baca, aku bayangkan situasi yang berkaitan dengan apa yang aku baca tu. 

8.20 a.m 
Aku keluar rumah. Sampai dekat office tak ada orang. Aku orang pertama yang sampai. Lepastu cikgu suruh pergi minum-minum dulu. Bila cikgu tu cakap macam tu aku kesian dekat abah. Abah sanggup pergi kerja lambat sebab nak hantar aku ke office tu walaupun aku cakap "nanti akak boleh jalan kaki". Tambah pula abah ada meeting 9.30 pagi. Lepastu abah sanggup batalkan meeting tu. Abah juga minta kerja half day. Allah.. Kalau aku gagal ujian tu mesti aku akan kecewakan abah. 

Lepas balik daripada pergi minum-minum, aku sampai office tu antara pukul 9 - 9.30. Majoriti calon-calon yang akan ambik ujian tu kawan-kawan sekolah aku. Tapi majoriti lelaki. 2 orang je perempuan iaitu aku dan Sufiana. Lepastu kitorang beramai-ramai pergi ke tempat ambik test tu. Berdebar weih.. Sejak bangun pagi lagi hati tak tenang. Pagi tadi pun aku bukannya makan apa pun cuma minum milo o je sebab nervous sangat. 

Bila nama kena panggil, abang dekat kaunter suruh aku pergi meja 10. Dalam satu bilik tu, 10 orang calon je yang boleh masuk. Rasa nervous macam nak ambik SPM pun ada. Alhamdulillah ujian warna dengan penglihatan aku lulus. Kalau gagal 2 ujian ni, terus tak boleh ambik test tau. Bila start ujian 50 soalan tu.. Aku baca betul-betul setiap perkataan dekat skrin dan aku baca semua jawapan sebelum klik jawapan pilihan. Aku jeling-jeling masa dekat skrin komputer tu, cepatnya masa berlalu. Ada 3 ke 4 soalan aku keliru jawapan. Last-last hentam je. Harap-harap markah aku still capai tahap lulus. 42/50 dah kira lulus. Aku risau kalau dapat 41/50 sebab markah sipi-sipi je. Bila aku dah nak habis jawab, dah ada orang yang keluar. Cepatnya keluar.. Aku check semula jawapan. Dah puas hati aku pun klik 'tamat ujian'. Bila result keluar, aku pandang skrin tu sekali imbas je. Aku cuba cari nombor dekat situ. Apa yang aku perasan dia tulis 'markah lulus : 42/50' 'mana markah aku..?' Aku tanya diri sendiri. Lepastu dekat atas nombor tu aku nampak ada nombor tertera 45. Aku terus assume yang tu result aku. Aku tak ambik result yang di'print' sebab kak Nadia yang pegang. Tanpa fikir panjang aku duduk dekat luar tunggu Sufiana. Sufiana masuk masa second round. Balik  terus cakap dekat abah "akak lulus..!" 

Tapi bila fikir-fikir balik, betul ke markah 45 tu..? Entah-entah 45 tu menunjukkan masa ujian.. Masa untuk duduki ujian tu 45 minit. Sebenarnya aku lulus ke tak..? Kak Nadia kata lagi 2 minggu dia akan call siapa yang lulus untul pergi kursus kpp 02. Aku harap kak Nadia call lagi 2 minggu. Kalau kak Nadia call maknanya 45 tu markah aku la dan aku lulus..! 

Sunday, 14 December 2014

It's my fault..!! Aaaaaa...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hey there, I have a story that I wanna share.. 

Perkara ni baru je berlaku tadi. Baru je beberapa minit yang lepas.. 
Masa aku tengah main-main phone ni, aku tengok battery ada 44%. Jadi aku pun nak cas la sebab nak layan 1 drama online sebelum aku tidor ni.. Dalam bilik yang aku tidur ni ada satu je plag tapi plag tu kitorang (aku dan adik-adik) pasang porta wifi. 
Aku pun keluar bilik untuk cari plag. Kezen2 aku yang tidur dekat ruang tamu tengah tengok tivi.. Tapi lampu tak pasang.. Konon2 tengok wayang gitu.. Kenapa aku tak join tidur dekat ruang tamu..? Hmmm.. Aku ni dah besar. Dalam rumah ni ada lelaki.. Seganlah nak tidur kat luag lagi-lagi kalau bangun lambat.. Ehhehe.. Waktu kecik-kecik dulu aku dengan kezen2 selalu kena tidur dekat ruang tamu.. Yang paling aku tak suka sebab aku biasanya orang terakhir yang bangun.. Kekeke.. 

Okay berbalik pada cerita aku tadi. Aku pun terfikir nak cas phone dekat plag yang selalu kitorang pasang seterika. Tapi dah ada orang yang berjaya gunakan plag tu sebelum aku. Aku meneruskan perjalanan aku ke dapur. Aku nampak ada extension yang kosong dekat dengan peti ais. Dengan gembiranya aku pun cucuk charger.. Aihh susah pulak nak masuk. Aku cucuk lagi kuat.. Tiba-tiba BLACKOUT..!!

Biasanya kalau blackout aku gelabah lari sebab aku rasa seram sejuk.. Adoii.. Tapi bila blackout tadi, aku tak rasa takut pun.. Aku cuma risau.. 'Aku ke punca semua ni..?' 
Perlahan-lahan aku berjalan ke bilik (biasanya aku akan berlari). Di saat itu masa rumah tengah gelap gelita, aku cepat-cepat simpan charger supaya orang tak tahu yang aku punca semua ni..

Semua orang keluar bilik dok kecoh-kecoh karan tak dak. "Ala tengah tengok tv" "eh kenapa blackout?" 
Aku yang mahu tutup kesalahan, aku terus buat-buat terkejut macam orang lain.. Hahhaha.. Ada sorang sepupu aku ni, Arsyad, keluar bilik terus dia kata "wow..! .." sambil tunjuk muka teruja. Aku tak faham apa yang dia cakap last-last sebab dia masih pelat. Mak dia cakap yang dia suka gelap-gelap.. 
Lepastu karan dah ada semula sebab ayah aku buat apa tah. Masa aku on the way balik bilik aku dengar mama cakap "ni mesti ada sapa-sapa buat apa-apa ni.." 
Aku tak jadi masuk bilik aku pergi toilet, dari dalam toilet aku dengar maknjang aku pulak cakap dekat orang-orang yang belum tido "haaaahhh.. Sapa buat apa haaahhhh.."

Alhamdulillah benda ni sekejap je. Masalah telah dapat diatasi. Kazen2 aku sambung tengok tv dengan hati yang gembira. Tak ada siapa yang tidur kepanasan. Aku? Aku tak nak cas phone dekat plag tu lagipun plag tu jarang guna.  Aku batalkan niat untuk cas phone maka aku nak baca novel la.. Novel tajuk 'suamiku ustaz'.. Ehh jangan ingat aku nak menggatal, tapi ni je novel yang aku jumpa dekat kampung ni.. 

Awak, kite nak bagitahu yang cerita di atas ni adalah RAHSIA.. You can tell anyone but please don't tell my family.. Hahah.. Macam korang tahu je siapa family aku. The only person who knows about this is only YOU (who read this) and Allah S.W.T. 

Wednesday, 10 December 2014

Adam yang tak suka makan.

Abah : Adam, siapa yang paksa Adam makan nasi lemak pagi tadi..?!

Me : *aku tunding jari dekat Sara.

Adam : ni kakak dengan kak Ara (sara)

Me : (adeh, Adam ni) --'
-----
Ceritanya macam ni..
Pagi tadi abah beli nasi lemak bungkus, pau comel dan donut cute untuk sarapan.

Bila aku nak makan, aku nampak ada 2 bungkus nasi lemak. One for me and one for Adam.. 
Adam tak nak makan nasi lemak tu. Dia memilih sikit makan-makan ni. 
Last2 Sara paksa suruh dia makan, kalau tak Adam tak boleh main ipad. Dia pun makan la.. Nasi lemak tu bukan banyak sangat, tapi punyalah susah dia nak habiskan. Banyak alasan.
Adam bagi alasan yang dia kenyang sedangkan dia belum makan apa-apa lagi.. Adam.. Adam..

Masa kitorang tengah masak lauk tengah hari, Adam panggil aku dengan suara minta kesian.. "Kakak~ kakak~" "apa..?"
"Saya tak nak dah" "makanla sikit lagi, nasi tu macam tak kena sentuh pun.."
 
Beberapa minit kemudian,
"Kakak boleh tak kalau saya sambung makan petang nanti..?"
Aku diam.
Dia tanya lagi.
Aku diam lagi.
Dia mencuba nasib lagi.
Aku balas "okaylah.."
Dengan hati yang riang dia simpan nasi lemak tu balik.
---
Me : mana abah tahu (yang Adam kena paksa makan) ..?

Abah : dia call abah.

Me : dia call..? Bila..?

Adam : tadi masa kakak suruh makan.

Abah : Adam call abah cakap 'abah, esok abah jangan beli nasi lemak lagi untuk saya tau, kakak suruh saya makan' ahahaha...(abah gelak-gelak)

Haih Adam sampai macam tu sekali dia tak nak makan.. 
Masa tengah hari pula, dia makan seketul ayam je.. Macam mana nak besar..

Friday, 5 December 2014

Happy birthday Adam and Anis

Banyaknya post yang di'draft'. Entah bila nak siap untuk di'publish'kan. Nampaknya walaupun tak sekolah dan tak kerja, aku ni sibuk selalu.. 

Hari ini merupakan hari ulangtahun bagi 2 insan yang Allah hadirkan dalam hidupku.. 

1) Hari ini birthday satu-satunya adik lelaki aku..! Ye aku ada seorang je adik lelaki dan dialah yang bongsu. Yang aku pelik pasal adik aku sorang ni, kalau dia tak belajar pun, result dia okay.. Kawan aku cakap "dia baru sekolah rendah..." Hmmm... Ada betulnya tu..
Dia ni banyak cakap, suka cakap, kadang-kadang penat nak dengar dia cakap.. Kalau dia mula bercakap atau bercerita, mesti ada sound effect dengan prop sekali.. Hebat betul.. Katakanlah dia nak cerita kawan dia jatuh longkang, nanti dia akan buat ulang tayang macam mana kawan dia jatuh.. 
Dia suka subjek sejarah.
Suatu hari tu aku letak buku teks sejarah dekat meja makan masa aku tengah sarapan, kalau tak silap lebih kurang 2 sebelum minggu sebelum peperiksaan. Adik aku ni yang baru nak sarapan tertarik dengan buku sejarah aku berbanding makanan yang dekat atas meja tu.. Dia baca "Sejarah" lepastu dia selak-selak buku tu sambil berkata dengan penuh eksaited "saya suka sejarah..!" Aku pandang dia dengan muka 'biar betul budak ni'. Aku tak pernah dengar orang cakap 'saya suka sejarah' ataupun 'sejarah tu best' termasuklah cikgu-cikgu sejarah aku.
Dia tengok gambar-gambar dalam buku tu dan dia teruja tengok gambar-gambar tu. 
Tahun ni dia 9 tahun, tahun depan 10 tahun. Suatu hari dia balik sekolah bawa buku-buku teks darjah 4. Aku pun tengoklah buku-buku yang dia dapat tu. Lepas tu aku nampak ada buku teks Sejarah darjah 4. Topik yang akan dia belajar tu lebih kurang apa yang aku belajar dalam sejarah masa tingkatan 1 dulu. Dia yang tak mandi lagi tu terus ambil buku tu lalu baca.. First time aku tengok orang excited nak belajar sejarah. 
Dia suka cerita/baca sirah-sirah para nabi. Dia lagi suka kisah pasal peperangan pada zaman nabi dulu. 
Dia banyak makan, tapi maintain je kurus. -,-

Inilah serba sedikit tentang adik aku, Muaz Adami nama diberi. Family kitorang panggil Adam. Kawan-kawan dia panggil Muaz.

Ni gambar masa dekat photo booth masa majlis resepsi kakak kitorang..
Ambil gambar puas-puas sebelum tetamu datang.. >.<

2) Birthday Anis Athirah. 
Hmmm apa aku nak cerita pasal Anis eh.. *thinking.
Banyak cakap juga. Aku rasa orang yang lahir 5 Disember memang banyak cakap.. Eheehee.. Tapi kalau dia tak cakap, aku pula yang risau.. Suatu hari tu dia tak cakap sebab mulut dia ada ulser. Sakit kalau bercakap.. Apabila dia diam tu, macam-macam aku fikir.. 'Aku ada buat salah ke..?' 'Aku buat dia marah ke sampai tak nak cakap dengan aku?' Aku pun beranikan diri "kenapa Anis tak banyak cakap..?" Dia buat bahasa isyarat, barulah aku faham yang dia tengah sakit mulut. Esok tu pula bila datang sekolah dia kata "Syafiqah..! Kite dah boleh cakap tapi kite tak boleh berhenti cakap sebab nanti mulut sakit.." Pulak dah.. ToT hahahah.. 
Dia seorang yang sangat penyabar. Aku ni biasa-biasa je dalam pelajaran.. Kalau aku tak dapat nak selesaikan apa-apa soalan, aku akan tanya dia sebelum tanya kawan-kawan lain dan akhir sekali baru cikgu. Lagi-lagi subjek addmath. Cikgu addmath rajin bagi kertas-kertas soalan. Kadang-kadang dia tak sempat nak habiskan 1 soalan aku dah tanya soalan lagi. Kira-kiranya aku ni rajin juga tanya soalan.. Eheheh.. Tapi dia relax je jawab semua soalan aku. Aku rasa kalau orang yang cepat naik angin mesti marah aku sebab asyik tanya sampai tak boleh buat kerja..
Anis seorang yang rajin masak. 
Dia suka masak. Balik sekolah dia akan masak lauk tambahan untuk makan tengah hari. Kalau dia masak lebih, dia bawa bekal share dengan orang lain. 
Dia pandai buat cream puff. Sodapp..
Kakak dia suka buat kek dan kuih
Aku tak tahu kenapa aku cakap pasal kakak dia.. Eheehe.. 
Adik bongsu Anis sebaya dengan Adam. 

Aku (buat 'peace') dengan Anis. Ni gambar masa dekat KFC. Lepas habis paper biology kertas 3, maka kitorang dah tamat SPM. Sebenarnya aku ada buat entry pasal last day aku ambil SPM, tapi tu la post tu jadi draft. 

Okayla sampai sini je yang aku mampu untuk type malam ni.. Happy Birthday to both of you..!! 

Monday, 1 December 2014

Farewell party - jamuan perpisahan 2014

Semalam aku bersama rakan-rakan melakar memori yang saaaangat indah.
Hari selasa, 25 Nov, 3 kelas dekat sekolah aku dah habis SPM..!! Yeah..!! Kelas 5 Alamanda, 5 Yasmeen dan 5 Anggerik. Kami tamat SPM pada jam 3.30 petang dengan kertas Biology paper 3 sebagai penutup. Esoknya hari Rabu, kelas aku (5Alamanda) discuss nak buat jamuan kelas dekat rumah cikgu BI kitorang merangkap Guru Pen. Kanan HEM sekolah iaitu Puan Azian. Aku rasa macam terlalu awal untuk buat party sebab baru sehari berpisah.. Rupa-rupanya diorang anggap party ni adalah Farewell Party. Sebelum ni kelas kitorang pernah buat party dekat rumah teacher cuma aku tak dapat sertai sebab ada hal.. Tapi kali ni alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk pergi.. 
Kitorang kena pergi sana dalam pukul 3 petang sebab nak kena masak-masak. Seharian aku memikirkan macam mana nak pergi rumah teacher ni.. Mama dengan abah kerja. Siapa nak hantar..? Kereta ada, motor ada tapi kalau lesen pun ada lagi bagus.. Ni yang buat aku rasa tak sabar nak masuk driving class. Nak ke mana-mana senang.

Last-last aku tebalkan muka, aku tanya sarah

Aku : sarah kau pergi tak rumah teacher..?
(Padahal aku tahu dia confirm akan pergi)

Sarah : pergi. Kenapa kau nak tumpang ke? 
(Alhamdulillah dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan.. Ngehngehngeh..)

Settle masalah..

Aku sampai rumah teacher tak banyak yang aku buat, sebab ramai yang buat kerja.. 'Many hands make light work'

Mula-mula duduk-duduk dekat ruang menonton tv dengan kawan-kawan sembang-sembang.. Kalau tak pun aku kutip duit daripada kawan-kawan. Akulah ceti hari itu.. Muahahaha.. Seorang RM 10. Lepas tu aku dengan Anis ganti tempat Adila yang goreng papadom dekat dapur. First time aku goreng papadom. Korang jangan salah faham pulak. Ini bukannya pertama kali aku masak, tapi pertama kali aku goreng papadom. Sesekali Sarah datang tengok kitorang goreng sambil tu dia makan papadom tu..
Hidayah (anak teacher) dengan Aiman goreng begedil.
Aidil dengan Nazirul buat air sirap.
Sarah pulak kerja dia tak menentu.. Hahah.. Kerja dia masukkan begedil dalam bekas kalau tak pun kacau orang.
Aku, Wana dan Anis celur kuey tiaw dengan mee
Aqilah, Huril, Alia dan Suraya carik ayam
Teacher pulak masak sup ayam dengan sambal sotong.
Anis bawa cream puff dari rumah.
Alhamdulillah aku dapat peluang untuk merasa keseronokan aktiviti ini.. Aku rasa macam aku dengan kawan-kawan sekelas tinggal serumah dan kitorang bergotong royong untuk untuk buat kenduri.. 
Bila kerja dah kurang, kawan-kawan lelaki pun tak ada (diorang pegi beli barang) kitorang (perempuan) apa lagi WEFIE la..!! 

Ni partner aku masa subjek BI, Mughela namanya.. During English lesson, teacher asked everyone to sit with friend from different races.. Then, Mughela invited me to sit with her. :-)

Kitorang makan lepas maghrib, sebelum makan tu ada ucapan daripada Alvin (penganjur). Lepas tu baca doa selamat untuk kawan-kawan yang dapat PLKN. Diorang akan pergi sabtu minggu depan (6 Dis)
Ni kawan-kawan yang dapat PLKN first intake. Semua muka serius. 2 orang yang pakai baju hijau tu, Muginesh dengan Zhi Hua dapat tempat yang sama dekat Pahang. Ada satu masa tu Zhi Hua buat apa tah, lepas tu Mugi cakap "nanti dekat PLKN, aku kunci kau dalam tandas" hahaha.. Diorang dua tu hyper gila. Macam mana la diorang nanti dekat PLKN. 

Lepas baca doa, teacher kata "okay pergi makan, pergi makan" Syed yang baca doa tadi, orang pertama yang lari pergi ambil makanan.. Hahaha.. 
Lepas tu teacher tanya "eh..! Sup tadi dah hidang belum..?" Hahaha.. Semua orang tak ingat sama ada sup dah hidang ke belum, semua fikir nak makan je. 

Masa tengah makan
Liang Han tak tahan pedas, asyik minum air je. Kesian dia.
Lepas tu Mugi bersuara sambil jeling-jeling Zhi Hua "ada orang tu makan pedas sampai muka merah tapi tak nak mengaku tak tahan pedas." Aku tengok muka Zhi Hua memang dah merah. Hahaha.. Ping Hui pula rilek je makan pedas, aku pun tak tahan makan pedas. 

Lepas makan tu, teacher buat game. Music Box..! Tapi kitorang tak guna box, kitorang guna bantal sofa. Husaini mainkan lagu.. Macam-macam la kena buat.. Ada yang joget, menyanyi, main gitar, menari dengan teacher. Aku tak kena. Hahaha.. 

Lepastu Alvin suruh semua orang pergi halaman rumah. Masa untuk main game..! Dalam masa yang sama, Huril dengan Adila siapkan barang untuk game lain.

Game pertama: tiup tepung untuk dapatkan gula-gula. 
Setiap orang mesti berpasangan. Aku dengan Anis. First round perempuan. Pasangan Sarah - Wana dengan pasangan Zatty - Intan. Lawak pula apabila tengok muka diorang penuh tepung.
Second round lelaki. Aku tak ingat siapa yang main. Diorang kena pusing 10x lepastu lari ke meja yang ada tepung tu. Hahah.. Apabila dah pening susah la nak lari.. Tak tahan aku gelak.. 

Game kedua: water splash / water bomb
Perempuan vs lelaki
Kitorang disediakan belon berisi air dengan 1 baldi air.
Syarat permainan: kumpulan yang basah teruk akan kalah.
When the game start, ATTACK..!!! Game ni paling lama.. Walaupun dah ada orang yang dah balik, game ni still tak berhenti. 
Apabila belon dah habis, group lelaki cedok air guna baldi dari tempayan. So senang je diorang attack. Group perempuan pula, kena tadah air dekat paip. Confirm la lambat. Lepas tu Alvin datang arah kitorang macam nak cari mangsa, bawa satu botol air. Lepastu dia simbah air dekt kitorang. Yang ni aku tak dapat elak.. Mula-mula aku ingat air paip lepastu aku cium la baju aku sebab ada bau manis-manis.."air manis..!" Dia attack guna air soda. Adoi..
Lepastu aku ambil tepung yang digunakan masa first game tadi. Aku pun serang la. Dalam masa yang sama aku rasa 'game ni still go on or not..?' Aku tengok kawan-kawan aku macam jadi pemerhati, yang lelaki pula sibuk isi air dalam baldi.. Aku tertanya-tanya 'aku main sorang-sorang ke ni..?'
Tiba-tiba ada Nazrul budak form 4 datang cakap "happy birthday..!" Lepastu tiup tepung betul-betul dekat muka aku.. Hahaha.. 
Bertepung la aku.. Game ni tiada pemenang.

Dalam masa yang sama, kitorang main game 3.
Game 3: Prank..!
Mula-mula diorang rancang nak prank Bobby. Diorang nak siram air 1 baldi dekat Bobby. Bobby pula dah takut.. Dia tak nak keluar rumah. Semua orang pujuk di keluar. Dalam masa yang sama, Syed senyap-senyap ajak semua orang sepakat untuk buat prank dekat Alvin. 
Puteri pulak dah stand by satu belon air dekat tangan. Pandai dia cilok. Lepas basuh muka, aku duduk dekat beranda dengan teacher. Makan kek coklat dengan kawan-kawan sambil tengok orang lain yang masih main water splash. Masa tengah gelak-gelak tengok orang kena siram air, teacher bangun senyap-senyap berdiri belakang Alvin diam-diam sebab nak siram air dekat Alvin. Botol yang teacher pegang betul-betul dekat atas kepala Alvin tiba-tiba Syafiq Iman dengan Aiman Afiq bergaduh. Aku dah rasa tak seronok. Yela tengah happy-happy, ada orang gaduh-gaduh pulak.. Punyalah ganas diorang bergaduh. Tolak-tolak. "Hey, hey" teacher jerit. "Someone please stop them" teacher bagi arahan. Semua orang jadi pemerhati je sebab takut. Lepas tu ada sorang ni beranikan diri cuba halang diorang. Tapi diorang still bergaduh. Apabila tengok usaha untuk selesaikan pergaduhan tu macam susah, teacher pun pergilah nak tolong. Tiba-tiba... 


Ada orang datang siram air dekat teacher.. Teacher kena prank..! Hahah.. Kesian teacher. Aku risau juga kalau-kalau teacher marah. Tapi teacher rilek je siap gelak-gelak lagi. Teacher gelak-gelak sambil jalan untuk ambil balik tempat duduk teacher tadi. Teacher pelawa semua makan kek coklat tu lagi. Masa Syafiq Iman tengah ambil kek, teacher bangun lalu tuang air atas kepala dia. Hahaha.. 
Lepastu Puteri bagi belon air dekat teacher untuk pecahkan. Teacher pun pergi dekat buaian sebab nak pecahkan dekat orang yang duduk dekat situ.. Yang lawaknya belon tu tak pecah pun.. Hahah.. Aku penat gelak je hari tu. Lepastu aku dengar teacher cakap "eh eh kenapa belon ni tak pecah..?" Hahaha.. Lepastu teacher fikir "saya nak guna apa eh (untuk dijadikan senjata masa prank) kalau guna kicap, okay jugak kan..?" Aku tak meng'iya'kan jawapan teacher malah aku tidak menidakkan.

Lepas tu aku tak masuk campur dah, aku dengan kawan-kawan masuk rumah tangkap-tangkap gambar.. Tiba-tiba aku dengar ada orang jerit-jerit dekat luar.. Aku yang suka menyebok pun keluarlah nak tengok apa yang jadi. Aku tak sempat tengok, tapi apabila aku baru je berdiri dekat pintu, Intan hulur kicap suruh aku simpan. Nampaknya plan teacher nak guna kicap berjaya.

Malam tak selalunya muda.. Dalam pukul 10 dah ada yang balik. Aku yang belum balik tengok la diorang main.. Tapi aku tak nak join, silap-silap nanti kena balik jalan kaki.. Yela kalau dah basah, kotor dan busuk macam mana nak naik kereta. Diorang yang kena telur, air sabun dan segala macam air pun mandilah dekat luar untuk bersihkan badan.. 
Kan bagus kalau dekat rumah tu semua perempuan, kalau yang mandi dekat luar tu semua perempuan, boleh aku join sekali.. Masa belalu, sorang demi sorang pulang ke rumah.. Kebanyakkannya yang balik tu perempuan melayu.. Parents diorang jemput.. Anak dara tak elok balik rumah lewat-lewat malam.. Apapun, akulah malay girl terakhir yang balik.. Abah kata nak balik pukul berapa pun tak kisah tapi sampai pukul 11:59 je.. Hahah.. Rasa macam cinderella pulak.. Bukannya abah tak kisah aku balik lambat, asalkan aku pandai jaga diri sudah.. Lagipun aku mana pernah keluar jalan-jalan / hang out dengan kawan-kawan, sebab tulah kot abah izinkan aku enjoy jamuan tu puas-puas. Yang lelaki pulak diorang overnight dekat rumah teacher kalau tak silap.. 

Masa mak Sarah dah sampai nak ambil Sarah dengan Adila, Alvin keluarkan ais krim. Dia baru teringat ada ais krim. Sarah dengan Adila pun stay sekejap makan ais krim tu. Waktu tu dah tak ramai, ais krim ada 3 bekas. Jadinya kitorang makan cedok pakai sudu je la..

Kau jeling apa Iman..?! Hhahaha..

Lepas Sarah dengan Adila balik, aku pun balik.. Sebelum balik aku salam dengan teacher, peluk-peluk semua.. Thank you very very much teacher.. Teacher pesan "jaga diri baik-baik". Lepastu teacher cakap "Syafiqah ni cute lah". Aku senyum sampai ke telinga weyh.. Hahaha..

Aku dan teacher, Pn.Azian. 
Thank you to all teachers for teaching me and my friend. Teach me from zero to heroin.. 
To all my friends, just because I never say I love you doesn't mean I don't love you..
Dear friends, I know that 'best friend FOREVER' is never exist but I am really grateful because you all had been my best friend ever even no forever..
Thanks for always being with me through thick and thin. Even we are not meet each other anymore, you all still always in my heart.. 
Goodbye till we meet again.. :-)




Saturday, 22 November 2014

Corak pemikiran yang unik..

Tengah hari tadi, satu family duduk dekat ruang tamu tengok Buletin 1.30 sambil makan ais kacang.. 

Apabila rancangan tu dah nak habis,
Pembaca berita tu cakap lebih kurang macam ni "Pergilah melancong bersama keluarga anda sempena cuti sekolah, di dalam negara.."

Aku yang masih dalam mood spm, aku kembangkan ayat orang tu.. ' cuti dalam negara -> dapat sekat aliran mata wang keluar daripada negara sendiri -> ekonomi stabil -> bertambah sayangkan negara -> negara bertambah maju. 

Dalam masa yang sama mama seolah-olah cakap dengan pembaca berita tu "nak pergi mana..? Sekarang musim hujan.."

Abah pula cakap "hahh..! Bagi duit, bagi duit.." 

Hahaha.. Semua orang ada cara pemikiran yang tersendiri.. 

Kalau korang dengar ayat tu, apa agaknya perkara utama yang korang fikir..? 

Sunday, 16 November 2014

#Throwback 3

Semalam masa tengah dinner dengan family, phone aku tak henti-henti bunyi.. Ada mesej wasep.. Rupa-rupanya ada orang buat group untuk ex-student sekolah rendah dulu.. Dalam group tu, ramai juga aku kenal dan ingat lagi.. Tapi ada la 3 ke 4 orang yang memang aku dah tak ingat.. Tengok gambar diorang pun masih tak ingat.. Dalam group tu semua orang imbas kembali masa zaman hingusan dulu.. *macam la hingus dah kering sekarang.. Hahahha.. 
Ramai yang masuk gambar masa sekolah rendah dulu.. Kongsi cerita-cerita lawak masak kecil-kecil dulu.. Hahah.. Aku tak banyak chat dengan diorang tapi aku senyum sorang-sorang apabila baca cerita diorang.. 

Sekarang ni kalau pandang budak-budak sekolah rendah, "alahai comelnya budak tu..." "Keciknya budak tu.." "Laaa.. Darjah 6 ke ingatkan darjah 4" 
Apabila difikir-fikirkan balik, dulu orang lain pun pandang kita macam tu juga.. 
Apabila diorang hantar gambar-gambar masa sekolah rendah dulu..
"Alahai nerd nya kau dulu..!!" Hahha..
"Semua muka baby face.."

Antara memori yang aku tak boleh lupa masa sekolah rendah dulu

1. Aku termasuk kelas lain
Ceritanya jadi masa aku darjah 6. Suatu hari masa gotong-royong kitorang 1 kelas cat kelas guna warna biru dengan merah jambu. Separuh kelas warna biru, separuh lagi warna merah jambu.. Biru bahagian depan, merah jambu bahagian belakang.. Jadi kelas tu agak gelap dekat bahagian depan.. Dulu aku seorang pengawas yang selalu kena masuk kelas lambat sikit sebab kena bertugas.. Suatu hari, lepas habis bertugas aku jalan ke kelas seperti biasa di laluan yang sama.. Aku tak sabar-sabar nak masuk kelas sebab nak tengok kelas yang cat baru kering tu.. Sebelum masuk aku ketuk pintu sambil beri salam dengan kuat.. Suasana kelas agak riuh sebab cikgu tak masuk lagi.. Ada yang main kejar-kejar.. Apabila aku betul-betul dekat depan kelas, aku pelik tengok ada orang duduk dekat tempat aku, aku juga pelik apa yang budak kelas 6 Pearl buat dekat kelas aku (aku kelas 6 Topaz) 
Lepas tu semua orang menyapa 
"Hai Syafiqah.." *lambai-lambai.. *senyum-senyum.. Ada yang tanya "kenapa?"
'Kenapa kau tanya aku macam tu sebenarnya aku yang kena tanya kenapa korang dekat sini mana kawan-kawan sekelas aku?' Aku bermonolog
Lama juga aku berdiri dekat depan tu sebab aku masih bingung.. Lama-lama baru aku sedar yang aku termasuk kelas lain.. Bukan apa kelas 6 Pearl pun cat warna merah jambu.. Patutlah apabila masuk kelas tu rasa macam 'cerahnya kelas ni, sepatutnya gelap..!'

2. Aku selalu kena kacau 
Masa darjah 6 juga, guru kelas aku susunkan tempat duduk.. Nak dijadikan cerita aku kena duduk sebelah sorang mamat ni yang hobi dia kacau orang.. 
Suatu hari tu, cikgu maths suruh tulis bulan Januari - Disember dalam buku.. Masa tu aku tak berapa nak hafal sangat.. Aku tanya la orang sebelah "lepas bulan Ogos apa..?" "September" dia jawab dengan muka serius. "Lepas September, Oktober kan..?" Aku tanya lagi.. "A'ah" dia jawab dengan nada serius lagi, dia tengah tekun menulis masa tu.. Mula-mula aku tak nak tanya sebab nanti dia nak bahan aku.. Agak pelik juga la dia tak bahankan aku masa tu jadi senanglah hati aku.. Lepas tu cikgu tanya "ada sesiapa yang tak ingat bulan-bulan dalam kalendar ke..?!" 
"Ada...! Syafiqah..! Syafiqah..!!"
Dia jawab dengan suara yang kuat..
'Ish jahat betul..!' -,-' 
Bukan tu je, banyak lagi la kena kacau.
Tapi tak lama aku duduk sebelah dia, cikgu ubah semula tempat, cikgu suruh aku duduk depan sekali. 

Wednesday, 22 October 2014

Aku graduan Semekar..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Korang ingat lagi tak yang aku kata nak cerita pasal majlis graduasi dekat sekolah aku..? Boleh tak kalau tanak cerita sebab aku rasa tak ada perkara istimewa nak cerita..

Majlis Graduasi Semekar 2014
Tarikh : 16/10/14
Tema : Garden Party
Pakaian : Suit & Dress
Aksesori wajib : bow and tie , ribbon

Maka pada hari yang ditunggu-tunggu oleh graduan tingkatan 5, semua graduan memakai pakaian ala-ala pengantin. Lelaki memakai kot dan bow/tie, perempuan pulak pakai dress/gaun. Tangkap gambar macam ambil gambar untuk pre wedding.. 

Pada hari tersebut, majoriti naik pentas pakai jubah graduasi untuk ambil fail kosong.. Ada beberapa orang sahaja yang ada sijil dalam fail.. Diorang dapat sijil spectra..

Sijil Spectra tu ada 3 kategori : emas, perak, gangsa.. 
Kategori ini di nilai berdasarkan peningkatan gred purata pelajar antara peperiksaan percubaan dengan peperiksaan pertengahan tahun.. Siapa yang dapat sijil emas sahaja yang boleh dapat sijil spectra masa tu.. 

Aku tergolong dengan orang-orang yang ambil fail kosong.. Bukannya tak ada peningkatan dalam peperiksaan percubaan aku, cuma aku tak sampai tahap emas.. Aku dah cuba sehabis baik masa trial SPM hari tu.. Alhamdulillah aku puas dengan keputusan aku.. 

Kelas aku adalah kelas pertama yang kena naik pentas. Jadi apabila dah turun pentas tu kitorang kena tunggu semua kelas naik pentas.. Kau tahu kelas tingkatan 5 dekat sekolah aku ada berapa..? Ada 12..! (Eh ni bukan marah tau..)  
Fakta: sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 5, aku tak pernah hafal nama-nama kelas ikut urutan..

Selesai penyampaian fail tu, ada anugerah-anugerah khas.. Si penerima anugerah tak tahu yang diorang dapat anugerah.. Semuanya rahsia.. 
Contohnya: anugerah pelajar bersahsiah tinggi, pelajar popular, pakaian anggun, pelajar yang mengharumkan nama sekolah, khidmat bakti dan lain-lain..

Aku dapat anugerah khidmat bakti sebab aku berkhidmat sebagai penolong ketua kelas.. 

Ada seorang kawan kelas aku, Muginesh nama dia.. Setiap kali cikgu nak sebut nama orang untuk ambil anugerah, dia bangun konon-konon dia yang dapat anugerah tu..
Apabila cikgu nak umumkan pelajar bersahsiah tinggi, dia buat la perangai dia tu, tiba-tiba cikgu panggil nama dia betul-betul.. Terkejut dia.. Aku tengok masa dia turun pentas tu, reaksi muka dia macam tak percaya yang dia dapat anugerah tu..

Ramai juga kawan sekelas aku dapat anugerah.. 
*Pakaian anggun- Puteri
*Pelajar bersahsiah - Aqilah, Wong Liang Han, Muginesh
*Pelajar aktif persatuan - Mughela
*Pelajar popular - Alvin Zulkifli (artis sekolah.. Memangla popular..)
*Early Bird (pelajar yang selalu datang sekolah sebelum pukul 7) - Sarah, Bashirah 
*Khidmat Bakti - ketua/penolong, pengawas sekolah/pusat sumber/sukan

Bahagian paling mendebarkan.. Cabutan bertuah..! Hampir semua orang nak menjerit apabila nombor bertuah tu dekat-dekat dengan nombor masing-masing.. Hadiah semua best-best.. Hamper besar-besar.. Nombor aku 195.
Aku mula nervous apabila cikgu sebut nombor 1. Ada satu masa tu.. Cikgu sebut nombor 1, aku dah berdebar-debar.. Diikuti nombor 9. Aku sebut dalam hati "cikgu sebut 5 5 5".. 2!! 
Menjadikan nombor tu 192.. Aisshh.. Sikit lagi nak dapat.. Tak apalah rezeki orang lain.. 

Majlis berakhir dengan persembahan oleh Alvin dan rakan-rakan.. 

Lepas tu, tangkap gambar la...!

Aku yang duduk dekat depan tu.. Ruang belakang semua penuh.. 

Last-last aku cerita juga majlis graduasi ni kan.. 

  Kami graduan Semekar..! ^_^
Dah macam tangga pulak.. Heheh..








Thursday, 16 October 2014

Diari: aku batuk..

Sejak minggu lepas aku kerap minum air masak dan berhenti minum minuman sejuk dan air bergula kecuali minum air teh o suam pada setiap sarapan pagi.. Sebabnya.. Aku sakit tekak sampai hilang suara.. Orang semua tegur
"Sexy nya suara kau"
"Ehh, syafiqah dah besar!!" (Kalau lelaki dah besar, suara pecah) 
"Syafiqah apa jadi dengan kau.?"
"Fiqah cuba cakap, cuba cakap saya nak dengar suara awak..." Hahah.. Macam-macam la kawan-kawan aku ni.. 

Sebab kedua..
Masa hari pertama aku tak ada suara tu, aku dengan 3 orang lagi kawan kena pergi program teknik menjawab addmath, kimia dan biologi.. Dengan suara aku yang tenggelam timbul tenggelam timbul tu aku cuba jawab soalan-soalan yang diajukan tapi cikgu yang mengajar tu tak dengar pun.. Jadinya aku kelihatan macam seorang pelajar yang tercekik tulang minta tolong sebab berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan dari jauh..

Ini pun antara sebab aku minum air masak banyak.. Aku tanak suara aku serak-serak masa buat persembahan masa majlis graduasi nanti.. 

Sebab seterusnya..
Aku nak sihat supaya aku dapat pergi majlis graduasi yang diadakan hari ni..! 
Aku tanak demam masa hari graduasi sebab minum air sejuk banyak-banyak..

Beberapa hari yang lepas aku baru sembuh daripada sakit tekak dan demam..  Namun pada majlis graduasi hari ni aku minum 1 gelas air sejuk je dan 2 batang ais krim Malaysia perasa sirap dengan apa entah la sebab ais krim tu warna hijau.. 

Akibatnya..! Aku batuk semula sekarang..

Hmmm.. Aku rasa nak sambung cerita graduasi aku tapi dah mengantuk sangat ni sebab makan ubat batuk tadi lagipun esok kena pergi sekolah.. 

Okay lah.. Nantikan.. Kisah graduasi semekar.. Hahah.. 

Saturday, 13 September 2014

Suasana di majlis resepsi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..!!!

Selamat cuti seminggu budak-budak sekolah..!! Hahaha..
Alhamdulillah aku tengah happy ni.. Cuti ni bermula dengan berita yang memuaskan hati.. Alhamdulillah.. 

Lepas tu hari ni pula ada Majlis Resepsi kaklong dengan abang Faidhie..!! 

Pagi tadi dalam kereta Adam tanya 
"Mama lepas ni kena panggil abang Faidhie tu abanglong ke?"

"A'ah.. A'ah lah.. Betul lah.." Mama jawab.. Banyak jawapan mama tapi semuanya sama je maksud.. Hihihi..

"Macam gangster je panggil abanglong"
Sara menyampuk..

Hahah.. Ada betulnya juga tu.. Dah tu nak panggil apa..? 

Pagi tadi kitorang satu family pergi ke tempat majlis tu awal sebab nak touch up dewan tu.. Letak bunga, hias candy booth, susun door gift, tangkap gambar dekat photo booth (sementara tak ada tetamu XD ) dan kitorang semua tak sarapan lagi..!!

Sebelum majlis bermula,
Sebelum tetamu tiba,
Kitorang breakfast dulu..
Nanti apabila tetamu dah sampai kena buat kerja.. 

Tugas aku : sambut kedatangan tetamu!!
Aku suka buat kerja-kerja macam ni..
Aku, mama, abah dengan maktok tunggu dekat depan pintu..
Hari ni muka mama berseri-seri sangat.
Bila tetamu sampai ada yang tanya pada mama "ni kakak pengantin ke..?"
Hahaha.. Maknanya mama nampak muda sangat.. (^_^)

Ramai juga tetamu yang aku kenal, so boleh la borak-borak dengan diorang hahha.. Ada ustazah yang ajar aku mengaji dulu cakap "kenapa syafiqah lagi kecik dari adik-adik ni?"
"Lagi kecik lagi comel" aku balas sambil tersenyum-senyum.. XD
"A'ah betul tu, betul tu" ustazah mengiyakan hipotisis aku sambil genggam erat tangan aku.. Lama tak jumpa ustazah sejak ustazah pindah rumah.
Lepas para tetamu salam dengan mama,
Mama kenalkan aku ni anak kedua.
Ada tetamu yang tanya "ni adik pengantin ke?" 
Ada juga yang tanya "umur berapa?"
Yang tu okay lagi.. Ada statement yang tak boleh blah.. "Lepas ni majlis dia pulak"  hahahah.. Banyaklah.. SPM pun belum habis.. 

Tapi kan aku dah bagitahu mama, abah dengan makcik yang nanti aku nak buat majlis dekat taman..!!
Hahah..
Makcik : kalau dekat taman nanti panas..
Berpeluh-peluh
Me : kita buat la malam
Makcik : kalau buat malam kita guna khemah yang transparent tu.. Malam-malam nampak bintang.. Lepas tu gantung lampu-lampu neon.. Cantikkk..
(Makcik ni macam menyokong aku pulak)
Me : nanti tetamu tak nampak la apa yang diorang makan..
Makcik : letaklah lampu dekat meja
Lepas tu pakai baju hujan.. Sebab baju hujan terang..
Me : pakai baju yang macam baju keselamatan tu.. Ada garis-garis kuning..!
Hahahha.. Conversation ni makin melalut.. 
Last-last makcik cakap "dah dah belajar dulu.."
Me : hahah.. Teringin nak buat majlis je sebenarnya.. 

Bila dah agak-agak tetamu yang datang makin kurang, aku pun masuk dewan untuk bagi door gift dekat tetamu yang nak balik.. Perasan tak, lama tau aku berdiri.. Kaki dah sakit sebab kasut 'gigit' kaki.. Aku harap korang paham la maksud 'gigit' tu..  So, aku pun buka kasut.. Berstokin je aku dalam dewan tu.. Dewan tu ada karpet so sedap sikit berjalan dan berlari atas karpet tu..

Yang menghairankan aku, tetamu yang hadir tu ramai tapi door gift tak habis-habis.. Dekat candy booth ada chocolate fountain tapi aku tak sempat nak merasa chocolate tu.. Selama ni kalau aku ternampak chocolate fountain, aku dapat tengok je.. Sekarang ni dah ada peluang nak merasa chocolate tu tapi tak ada rezeki nak rasa.. Mula-mula aku nak tengok ada akak yang buat chocolate fountain tu.. Nak tahu macam mana dia buat.. Tapi lama sangat nak tunggu. Lepas tu bila time aku rehat, tengok-tengok chocolate dah habis.. T_T

Majlis yang bermula pada pukul 11.45 pagi berakhir pada 4 petang.. Semua orang dalam kereta kecuali abah dah pengsan kepenatan.. Tapi abah masih kuat untuk memandu.. Tahniah abah..! 

Oh lupa nak bagitahu.. Hari ni warna tema keluarga aku adalah hijau..!

Dah la ni je kot buat masa ini.. Tak larat nak taip panjang-panjang.. Kena tidur awal malam ni. Esok ada majlis dekat rumah pengantin lelaki pula..



Friday, 12 September 2014

What does friendship means to you?

Hari ni pergi sekolah macam biasa..

Aku bangun lambat,
Keluar rumah lambat,
Sampai sekolah pun lambat..
Tapi selambat-lambat aku sampai sekolah, aku tak pernahla kena catat nama oleh pengawas..

Hari ini dah tak bawa buku kehulu kehilir sebab percubaan SPM baru habis semalam.. Yeay..!! Tapi tapi tapi.. Ini bermakna SPM makin hampir..! 
Tak lama lagi dah nak tinggalkan sekolah, cikgu-cikgu, kawan-kawan..!

Arghhh.. Aku tak suka perpisahan..
Tapi kita semua tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. T_T

Tadi aku dan kawan-kawan sekelas duduk di dewan je.. Semua orang buat kerja masing-masing.. Ramai yang sibuk isi maklumat untuk sijil berhenti sekolah.. 

Aku dan beberapa orang kawan duduk berkelompok dekat satu tempat..

I asked my friends 
"What does friendship means to you?"

Sarah said
"Friendship is like a rainbow"
Although everyone has different charactor, they still can unite to form a friendship.
The different colour in rainbow make the rainbow looks nice.. 

Anis said:
"Friend atas ship"
Hahahha.. Pun boleh.. 

Farah's opinion
"Friendship is food"
Kitorang semua pelik "asal food pulak?"
"Yela bila kawan-kawan berkumpul, mesti ada makanan" Farah beri penerangan.
Hahaha.. Ada betulnya apa dia cakap tu..

Bashirah pula tak jawab sebab dia nak fikir dulu..

Bagi aku pula?? 
I think friendship can't be describe.. It sounds easy to tell what is friendship but the real thing is you will take long time to think what does friendship means to you.. 

Everyone has their own opinion about friendship.. What about you? What does friendship means to you...?



Saturday, 5 July 2014

Another surprise..!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Today I want to tell about what had happened last Friday.. It takes me 1 week thinking about this post.. 
Nowadays, I've been so busy.. Eehe.. Sometimes I made myself busy.. But that's normal la.. Every people is busy..

Okay back to the main topic.. What had happen last Friday..? Jeng jeng jeng 

--------------------

As I told you on the previous post, my friends and I planned to make suprise birthday party..

At first we plan to give money to Hari so he can buys cake.. But there were many obstacle.. 

At last, my sister collect money from Iffah, Alya, me and herself.. The money we used to buy balloons, snacks and some ingredient to make kek batik..!

Yes.. That's it.. We didn't buy cake, we baked a very simple cake.. 

Ain, my sister's friend who also our neighbour came to our house and teached us to made it..

Then we blew the balloons.. We didn't have pump so we use the manual way.. Pheww.. It made me scared.. I afraid that the balloon might burst..

My sister gave order..
Hari - bring snacks
Syazana - bring cup and 2 boxes Dutch Lady chocolate milk.. 
Alya - buy birthday mask/hat..

When we arrived at the tuition..
Syazana said she forgot to buy cup..
Omg..! How could it be..?!
Alhamdulillah my mom offer help.. 
Thank you mama..

We put our bags in the class..
All the girls hid at the pantry.. 
Hari and Jun Fong stayed in class.. They were asked to record teacher's reaction..

From the pantry we took along the balloons, cake, snack and others to the class.. When Sara open the door we sang birthday song loudly.. I recorded teacher's reaction.. She's too shocked..

"Oh my god..." "You guys ahh..."
*only that sentences came out from her mouth.. Haha..

"This is the first time I have students do this to me.." She said with a wide smile.

When it times to cut the cake..
"Yesterday I cut very soft cake, today I cut very hard cake (kek batik)"she said.

*actually her birthday is on Thursday but we celebrate on Friday.. 

I really like the moment when we ate the cake and shared our feelings.

"Teacher, today no need to study la.." Someone said..

"Ehh.. No.. No.. No.. Okay clean all this.."
She said while pointed at the messy table.

--------------------

We will feel happy when make other people happy.. ^_^
 




Friday, 4 July 2014

KET examination..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Today I want post many things.. 
And this is the first post..

-------------------

2 weeks ago, my friends and I sit for KET examination.. KET is short form for Key English Test.. This exam will be sitted after 1 year of being KET student.. 
We were tested in 3 ways that is reading & writing, listening and speaking.. 

We sit for the examination at Cambridge branch in Bukit Beruntung.. I also made a new friend, her name is Ainin Sofia if i'm not mistaken.. Ahahah.. She's 14.. She sat besides me in the waiting room.. But..  I forgot to ask her number or fb name.. Now we lost contact.. 

Speaking test made me had butterflies in my stomach.. Erkk... Luckily, Allah sent me cheerful classmates.. They didn't looked worry.. They made lively atmosphere..However the speaking test didn't run smoothly.. I stutter a bit.. But it's okay.. Ahh.. The interlocutor, the one who asked me questions is a Chinese young lady..!! She is adorable.. :)

Then we had reading & writing test.. The situation was same with the time I sit for PMR. Our place had been set up.. The question papers was still in the palstic..
We had to put I/C on the desk.. Each desk was for each person.. 

But

The questions was not easy as ABC..

Before the exam started we had time to talk.. We discussed about some confusing questions.. We also planned make a surprise birthday party for our teacher..!! Wuhuu.. 

Then we were given time to eat.. 

And the last test was listening..!!
We had to listen to the conversation then choose the correct answer.. 
This test was easy for me because the radio was placed in front of me.. So, I could hear clearly.. 

Now, I'm no longer KET student.. I'm a PET student.. And I will sit for PET examination next year and insyaAllah I can meet Ainin..

-------------------------

Okay I'm not sure whether I can post other things now because my mom ask to go out.. See you soon.. ^_^

Monday, 9 June 2014

Surprise untuk dia..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ahhh.. Korang ingat tak dalam entry yang lepas-lepas kite ada bagitahu nak cerita pasal birthday sara..? Hahah.. Cara cakap macam ramai sangat je readers..

Okaylah.. Kite cerita je la.. 

Birthday Sara jatuh pada 28 Mei setiap tahun.. Hahah.. Memanglah setiap tahun sama kan..? Pada setiap 28 mei, semua budak sekolah dah mula cuti sekolah.. 
Jadi tak dapatlah nak raikan ulangtahunnya di kelas bersama rakan-rakannya.. 

1:38 petang..
Shuhh shuhh.. (Bunyi phone sebab ada orang whatsapp)
*siapalah yang main whatsapp ni.. Apabila check phone rupanya Alya, kawan baik Sara.. 

Alya: kak syafiqah

Me : iye

Alya: sara tengah buat apa..?

Me : hmm entahlah.. 

Alya: alya dengan budak kelas nak datang buat surprise..

*kite terkesima.. 
Alya: kak syafiqah jangan bagitahu sara tau.. Dia tak tahu..

Me: ahh okay.. *letak emoji thumbs up..

Me : haha.. Berapa ramai..?

Alya: *dia pun tulislah 6 nama.. 
Alya lagi : kak syafiqah duduk bawah tau jangan duduk atas.. 

Me : okay.. Pukul berapa korang nak datang...?

Alya : dalam pukul 2 lebih..

*pandang jam.. Waktu tu lebih kurang pukul 1.45 petang..

Me : ohh okay.. 

*lepas tu kite cepat-cepat kemas rumah sikit.. Susun bantal, letak cawan-cawan dalam sinki.. Orang nak datang, rumah kenalah kemas dan teratur..

Pukul 2-- krik krik..
2.15 -- krik krik
2.30 -- krik krik.. 

*aduh bosannya.. Kata nak datang pukul 2 lebih.. 

3.50 petang.. 
Me : Alya, are you coming..?
*no reply..

4 petang..
Ting tong.. 2 orang kawan sara dekat luar..
Konon-konon ajak sara nak pergi bersiar-siar..

Sara cakap dia nak mandi.. Panas katanya..
Budak 2 orang tadi pun diajak tunggu dalam rumah.. Tapi yang masuk bukan 2 orang.. Ramai.. Kata 6 orang je..? Hahha... Tak kisahlah.. Bukankah tetamu itu membawa rahmat.. 

Sara pun tak sedar diorang masuk.. Waktu dekat luar rumah, diorang bersembunyi di mana sahaja yang boleh dijadikan tempat persembunyian..

Lepas tu 2 orang budak tadi tu duduk dekat kerusi.. Yang lain pergi dapur nyalakan lilin kek.. 

Apabila sara turun, dia pun pergilah dekat 2 orang kawan dia tu.. Lepas tu kawan-kawan dia yang lain datang dari dapur bawa kek, nyanyi lagi happy birthday.. Hahaha.. Bestnya.. 

Tugas aku selesai.. Apalagi aku lari masuk bilik la.. Mission completed..

Begitulah ceritanya.. Waktu tu abah ada urusan kerja jadi abah tak dapat balik.. Walaupun tak dapat sambut dengan keluarga, dia dapat sambut dengan kawan-kawan..

*waktu birthday kite pun semua orang cuti sekolah.. Tapi tahun ini lain sikit kot sebab waktu itu kite ambil SPM.. 

#throwback 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam waktu kitorang 1 family tengah menonton (bukan tengok) tv, ada siapa tah sebut pasal pizza.. 

Biasanya kalau hujung minggu waktu malam-malam tengah tonton tv tu mama akan order pizza.. (Macam manalah kitorang ni tak 'sihat' ? Hahah tapi makan juga..) 

Tiba-tiba mama tergelak kecil dan cakap 
"Abah ingat tak masa kakak (me) dengan sara (my sister) kecik-kecik dulu..?" Sambil pandang abah.. 

Kite pandang sara, sara pandang kite.. Hahah.. (Macam drama pulak..)

Lepas tu abah yang tengah baca mesej dekat phone bersuara "tak, ape dia..?"

"Waktu kecik-kecik dulu, masa malam-malam tu mama dengan abah tengah tengok tv, lepas tu kakak dengan sara pergi lari dekat tingkap.." Mama bercerita.

*rasa ingin tahu memuncak..!

"Lepas tu kakak dangan sara cakap 'tak sampai pun~" mama sambung cerita.. Mama siap buat gaya kitorang pergi mengendap dekat tingkap.. Heheh..

"Apa yang tak sampai?" 

"Pizza".. 

Lepas tu mama dengan abah gelak sebab mana ada siapa order pizza.. Hahaha..

Apabila dengar cerita mama tadi, masing-masing malu.. 

^_^

Sumber cerita: mama




Wednesday, 28 May 2014

Bingung..

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 28 Mei.. Ada apa pada tarikh ni? 
- birthday Sara (my sister)
- ada surprise party untuk dia (okay yang kite akan cerita dalam entry lain)
- cuti sekolah penggal 2 bermula
- pelajar-pelajar sekolah dapat mengganti tidur mereka yang tak menentu semasa peperiksaan pertengahan tahun..
- cikgu-cikgu bagi banyak kerja sekolah yang kena buat dirumah sebagai tanda kasih sayang..

Ada penambahan.. Cikgu bagi guideline assignment addmaths... Ni satu benda yang buat kite pening lagi merunsingkan..

2 hari sebelum cuti sekolah, cikgu addmaths masuk kelas dan suruh ambil beberapa helai kertas.. Kertas-kertas tu adalah guideline untuk assignment.. Tapi kite tak faham satu apa pun yang tertulis atau ter'type' atas kertas tu.. 
Cikgu juga ada bagi contoh kerja yang disiapkan oleh akak-akak senior tahun lepas.. Tapi kite tetap tak faham.. Bukan tak faham sebab di taip dalam bahasa inggeris bahkan ada juga kertas yang sama tapi dalam bahasa melayu.. Korang faham tak apa yang kite taip ni.. 
Cikgu tak terangkan apa-apa pun sebab cikgu kesuntukan masa.. Cikgu nak kena edarkan kertas-keras tu dekat kelas lain.. 

Perkara ni berlaku seolah-olah.. Cikgu masuk kelas suruh ambil kertas-kertas tu.. Kemudian cikgu cakap "buat dekat rumah waktu cuti sekolah ni, buka sekolah hantar" "jangan fotostat kawan punya kerja"

Lagi menghairankan dan membingungkan.. Kawan-kawan kite dah mula buat kerja ni... Kenapa tak ajak buat sekali? Macam mana diorang tahu macam mana nak buat? 

Ayoyo.. Aku dapat rasakan yang aku takkan tenang sewaktu cuti sekolah ni kerana memikirkan kerja kursus ni..
Ohhh mannnnn.. 

Saturday, 24 May 2014

Peristiwa semasa berjoging.. :)

Asslamualaikum dan selamat sejahtera..! 

Korang tahu tak Malaysia mempunyai statistik penduduk obesiti tertinggi di Asia Tenggara..?! Korang masih tak ada kesedaran ke untuk jadi ramping? 
Hmmm.. Apakata dalam kesibukan masa yang tak sibuk sangat kengkadang ni, cuba buat senaman.. 

Korang tahu kan kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari..? Baiklah kite akui yang kite pun tak ade lah bersenam setiap hari.. Tetapi berjalan kaki ke sekolah dan naik turun tangga dekat sekolah pun dikira bersenam la sikit.. Mana taknya nak masuk pagar sekolah kena daki bukit sikit.. Kelas kite pula terletak di tingkat atas sekali dekat bangunan paling tinggi di sekolah.. Ecehh.. Tapi tak kisah. Dah biasa..

Sekarang ni waktu hujung minggu, kite sekeluarga pergi taman rekreasi untuk berjoging.. Kawasan tu luas sangat..! Dekat tengah-tengah ada tasik.. Cantik.. 
Kalau joging 2 pusingan ambil masa 1 jam.. Dan kitorang biasanya buat 2 pusingan.. Sekarang ni kitorang kerap pergi sana, lagi-lagi waktu peperiksaan ni.. Kite percaya pada slogan 'Badan Cergas, Otak Cerdas' heheh.. 

Hari Ahad minggu lepas, kite dengan Sara belajar main kasut roda.. Pertama kali main mestilah asyik jatuh.. 
Jangan tanya jatuh berapa kali sebab tak terkira tau .. Hehe.. 
Asalnya Sara nak main sebab nak cuba. Kite tengok je sambil gelak-gelak apabila dia jatuh.. Kihkihkih.. *jahatkan..
Lepas tu ada orang yang dah professional ajar Sara.. Lepastu kite tengok ramai juga yang baru nak belajar.. Jadi, kite pun timbul semangat nak main.. Mula-mula orang tu ajar kitorang semua main atas rumput supaya tak jatuh.. Lepas tu apabila main dekat atas jalan rata. Ha! Rasakan betapa sakitnya apabila jatuh.. Kali ni mama, abah, Lela n Adam gelakkan kite.. Sob sob.. T_T

Tapi hari lain sikit.. Kite rasa kurang semangat, entah kenapa.. So, tak joging 2 pusingan.. Lagipun tak ramai, jadi rasa kurang seronok sebab kurang saingan.. Kite dengan Lela suka joging lepas tu potong orang lain.. 

Tapi hari ini banyak kes.. 

Kes 1- budak sesat
Waktu tu kite jalan dengan mama lepas tu nampak budak kecil umur lebih kurang 3/4 tahun.. Budak tu dok panggil "abah"
Me: mama, ayah budak tu dekat mana?
Mama: tu depan tu.. (Dekat depan ada 1 family, mungkin tu keluarga budak tu)
Le kid : Abah dekat mana?!!
Me: mama dia cari ayah dia la.. 
Mama: hah?! 
Lepas tu mama tanya budak tu..
Mama: ayah mana?
Budak tu toleh belakang lepas tu cuba jalan lagi laju.. Cuba nak mengelak dari kitorang...

Ada 2 orang remaja lelaki duduk sembang dekat meja piknik.. Budak kecil tu cuba tengok 2 orang lelaki tu.. Mungkin nak cam muka ayah dia.. Lepas tu jerit lagi "abah dekat mana?!"

Budak lelaki tu netilah terkejut juga kan.. Diorang nak pergi tolong budak tu.. Tapi budak tu lari sebab takut dengan orang.. Budak lelaki tu pun lari juga la.. Kesian budak kecil tu, dia takut sebab orang kejar jadi dia lari lagi laju sambil menangis.. Mungkin ayah dia ajar 'jangan ikut orang yang tak kenal'.

Masa kitorang 1 family tengah makan aiskrim sambil tengok orang dok main roller blade , kite dengar pengumuman pasal budak tu. "Siapa yang kehilangan anak berambut kerinting, bernama ... , sila datang ke khemah ..." 
Kebetulan pula waktu itu ada orang tengah sambut hari keluarga, jadi dia buat la pengumuman.. 
Sebenarnya ini bukan kebetulan, semuanya Allah dah rancang.. 
Lepas tu kite nampak ayah budak tu pergi ambil dia.. Kesian dia. Dia peluk ayah dia kuat-kuat.. Tak nak lepas..

Kes 2: 
Ada makcik yang jual makanan dekat warung yang ada kat taman tu dok marah-marah sebab ada pelanggan tak bayar makanan yang dia makan.. Makcik tu kata bukannya sikit jumlah wang yang orang tu kena bayar..

Kes 3 
Waktu kite nak pergi toilet, kite lalu dekat satu tempat yang ada bench dekat tepi tu.. Nak tahu apa yang ada atas bench tu? Ada handphone.. Haha.. Berani betul orang yang tinggal handphone dia dekat situ.. 

Sebenarnya kite bukan saja-saja nak cerita semua.. Perasan atau tidak terlalu banyak nilai dan pengajarannya.. Amboi mentang-mentang tengah peperiksaan, guna ayat skema sikit.. Haha..

Dah panjang sangat ni tapi tak puas kalau tak ada gambar.. Ehehe..

Kitorang baru lepas makan aiskrim sedangkan joging sekejap je.. Heheh..


Tuesday, 13 May 2014

Laila nihhhh....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tadi masa kite nak tutup pintu bilik, ternampak Laila dah siap-siap nak keluar.. Laila adik perempuan yang bongsu.. 

Me : nak pi mana tu?

Dia: nak pergi kedai.. Nak beli aiskrim.. Nanti yaya belanja kakak aiskrim solero..

Me : (wah..! Baiknya Lela ni) kejap, akak nak kirim top up.. 

Dia : yaya ingat nak beli aiskrim yang dalam bekas untuk family tu.. Sebab semalam kawan post gambar dekat fb, wahh sedapnya..

Me : (baiknya minah ni.. Dia nak belanja aiskrim sebatang lepas tu nak beli untuk satu family pulak)

Me : (hulur duit top up) Lela kalau beli aiskrim satu bekas tu tak payah la beli solero tu.. (Bukan apa kite fikir bazir je beli banyak-banyak)

Dia : yaya beli untuk yaya lah!! *sambil gelakkan kite..  

Me : cehh!! *malu je.. -_-

Monday, 5 May 2014

Peperiksaan bermula!

Setelah soalan kertas 3 sejarah dikeluarkan, maknanya tinggal sebulan sahaja untuk buat persediaan bagi menduduki peperiksaan.. 

Apabila jadual peperiksaan mula diedarkan, barulah bersemangat nak belajar..

Beberapa hari sebelum peperiksaan, baru dok sibukkan diri menelaah buku..

Masa tengah buat ulangkaji soalan novel bm, tangan pegang pensel, mata pandang buku, sesekali terpandang kertas-kertas soalan kimia rasa serabut pula, ayat hafazan tengah tunggu giliran untuk dihafal, buku-buku yang sebelum ni tersusun kemas di almari jadi berselerak balik (takde masa nak kemas), dalam kepala fikir 'bilalah semua ini akan berakhir?!'

Luahan hati seorang calon SPM. 
T__T

Thursday, 1 May 2014

1 Mei

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni dah masuk 1 Mei 2014.. Apabila dah masuk bulan ni maksudnya
- semua orang cuti sempena hari pekerja walaupun korang hanya pelajar sekolah atau penganggur.. 
- peperiksaan pertengahan tahun dah dekat weyhh..
- bilangan hari untuk spm makin dekat..
- semua orang yang bergelar ibu akan rasa sangat dihargai (hari ibu)
- semua insan yang bekerja sebagai guru akan mendapat baaaaanyak hadiah (hari guru) 
- hari bomba ( 4 Mei )

-- (apalagi heh) --

Hari ni kite teringat pada setahun yang lalu.. 1 Mei 2013..

Biasalah setiap kali cuti mesti nak keluar rumah satu family walaupun pergi NSK je.. Waktu dalam kereta masa kite tidur.. Zzzzz... Hehe.. Ada orang call.. Tapi kite tak jawabla sebab tidur.. Bila dah bangun tu tengok phone ada miss call daripada nombor yang kite tak safe.. Selalu macam tu so kite tak call balik nombor tu.. Malam tu dapat pangillan dari nombor yang sama.. Rupa-rupanya cikgu yang call.. Peliklah kenapa cikgu call..

Cikgu : syafiqah, puas saya call... Saya approve awak kat fb tapi tak online pun..

Me : hehehe.. 

Cikgu : pagi tadi bomba ada call saya...

Me : ( ha! Sudah apa yang aku buat.. Kenapa cikgu call kite semata-mata nak cakap bomba call cikgu..) 

Cikgu :..... Dia kata awak terpilih untuk pergi latihan pusat peringkat kebangsaan...

Me : (waktu tu aku terdiam, tak tahu nak cakap apa, rasa macam tak boleh nak berdiri.. Tak percaya, betul ke semua ni?)

Cikgu : saya ada hantar e-mail dekat awak.. Surat tawaran, borang kebenaran etc.. 

Me : ( aku tersenyum, masih kaku dan cuba untuk tidak jatuh)

Cikgu : nak pergi tak? Cuba bincang dengan mak ayah dulu.. Okay.. Lepastu bagitahu awal-awal..

Me : okay.. (Itu je yang mampu)

Lebih kurang macam ni perbualan kite dengan cikgu..

Apabila bagitahu mama, mama diam..
Bagitahu abah pula, muka abah serius je dan abah tak izinkan.. Abah tak nak kite ketinggalan dalam pelajaran..

Dan kite terpaksa lepaskan semua ni.. Sedih tau.. 

Tahun ini pulak masa kite bagi surat kebenaran untuk pergi latihan pusat daerah, abah kata "tahun ni nak pergi sampai peringkat mana pun pergilah, asalkan 9A.." Dalam hati "bukankah abah patut cakap macam ni tahun lepas?" 

Kalau difikirkan balik mustahil untuk dapat tawaran lagi tahun ni sebab masa kem negeri hari tu, hanya acara kuiz kebombaan yang kite menang.. Bukan ke untuk pergi ke peringkat kebangsaan, acara kawad hos kering dengan brain & brawn yang diberi keutamaan.. 

Hmm... Pengarannya: peluang hanya sekali..


Tuesday, 29 April 2014

#Throwback 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada suatu hari tu aku baca balik diari aku.. Maksud diari bagi aku--> Diari ialah wadah untuk aku bercerita apabila orang taknak dengar cerita aku.. Ehem.. Ehem.. Korang jangan fikir yang aku akan tulis 'Dear Diary'.. Aku juga tak gunakan pen atau pensel yang ada bulu-bulu lembut warna merah jambu tu.. =='  
So, dekat bawah ni adalah salah satu apa yang ada dalam diari.. Biasanya orang cerita tentang perkara yang harus dirahsiakan tapi aku rasa yang ni boleh dikongsi.. 


Monday, August 26 2013.
Tadi waktu BM kitorang belajar tentang karangan wawancara/dialog. Waktu tengah belajar tu, suasana di luar kelas sangat bising.. Yelaaa, koridor kelas kitorang tu tempat laluan orang ramai.. Tambah pula dengan orang bercakap-cakap dalam kelas, ada yang gelak-gelak dekat belakang.. Bising tau.. Kalau korang tak fokus, korang memang takkan dengar apa yang cikgu cakap.. Lepas tu, cikgu cakap "kelas, saya tahu kamu ni hyperactive daripada saya, tapi saya boleh jadi lebih hyperactive daripada kamu" "kalau saya jadi hyperactive, saya boleh bertukar warna, warna apa kamu nak?" Lepastu kite terjawab "hijau!!" 
Alvin pula, pelajar yang duduk depan kite kata "ungu, ungu. Matching dengan tudung!" Hahahha.. Hari ni cikgu pakai baju dengan tudung warna ungu.. Lepas tu cikgu pun tergelak, tak jadi nak marah.. Cikgu cakap lagi " saya ingat nak kenakan kamu, tapi kamu kenakan saya semula"..  Heheheh.. (^_^)

*cikgu bm kitorang memang sempoi..

Sunday, 20 April 2014

Suka duka kadet bomba (kawad kaki)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bermula hari Isnin tanggal 7 April ramai ahli daripada setiap badan beruniform telah mulakan latihan kawad kaki.. Hal ini disebabkan pertandingan kawad kaki sekolah yang akan diadakan pada 19 April.. Cewaaahh.. Macam buat karangan pulak.. Kitorang, kadet-kadet bomba pun ada latihan juga setiap petang tak kira hujan dan panas, semua orang semangat berlatih (tapi kite pernah ponteng >_<) Tahun ni Faseena jadi ketua platun lagi sebab dia dah berpengalaman tahun lepas.. 

Macam-macam ujian yang kami tempuhi.. Mula-mula panas, tiba-tiba hujan lebat disertai guruh dan petir.. Waktu balik pun tak menentu.. dan selalunya kena balik jalan kaki.. (Pernah sekali mama jemput). tapi takpe kite fikir "sekejap je Syafiqah, lepas pertandingan nanti dah tak ada semua ni"

Perkara utama untuk kawad dengan baik ialah kerjasama.. Mula-mula nilai kerjasama ni susah sangat nak nampak.. Apabila kawad dah jadi tak betul, masing-masing nak salahkan orang lain, semua tanak mengaku kesalahan diri sendiri.. Itulah manusia.. 

19 april- hari pertandingan.. 
Kadet bomba memang suka datang sekolah awal.. Pertandingan mula pukul 7.30 tapi 6.30 pagi dah kena ada dekat sekolah.. Ini perkara biasa sejak kite masuk kawad kaki masa form2 lagi.. Alasannya, boleh la berlatih kawad sekejap. Haritu kite sampai lambat sikit, pukul 7.00 hahah.. Lambat sikit ke tu? Waktu tu semua orang sibuk check barang-barang cukup ke tak.. 
Ada seorang budak ni dia datang 6.30 la, dia kata tak berlatih pun dari tadi.. Hah! Memang dah agak perkara ni akan berlaku..

Hubungan kitorang antara kadet lelaki dan perempuan memang baik sejak dulu lagi.. Baik ye bukan rapat.. Jangan salah faham.. Contohnya kitorang akan pinjamkan barang kalau ada yang tak cukup accessories.. Oleh itu, ada yang ambil kesempatan untuk tidak beli aksesori bomba dia fikir 'buat apa nak beli, boleh pinjamkan nanti' tapi diorang tak fikir 'giliran platun wanita ialah selepas platun lelaki atau sebaliknya' mana sempat nak pinjam barang..

Sejak kite masuk kawad masa form2 sampai form4 tak pernah jadi lagi hal ni.. Tapi tahun ni platun lelaki giliran 1, platun wanita giliran 2.. Apalagi kitorang jadi kelam kabut la.. Macam mana nak buat ni.. Lepastu masa taklimat ada cikgu bagitahu platun wanita bomba tukar jadi giliran ke-3.. Alhamdulillah.. Nampak tak Allah Maha mengetahui masalah hambaNya..

Dalam baris, kite jadi penanda belakang sekali.. Lepastu ketua platun tersalah setting semuanya jadi terbalik.. Kite tetiba jadi penanda depan sekali.. Kitorang semua dah pening nak buat formasi kot belah mana.. Masa tengah buat formasi tu kite dengan Fiza dah tersalah buat lepastu gelak-gelak dekat situ.. Hahah.. Juri pun dah gelak-gelakkan kitorang.. 
Apabila dah keluar medan tu, kite rasa tak puas hati.. Rasa macam nak buat lagi.. Haha apa-apa pun kitorang menang no.2 alhamdulillah..

Dari kanan: Mira, Farhana, Faseena, Fiza n me! 
Kitorang semua form5. Tahun depan tak boleh berkawad dah.. T_T

Dari kanan korang: Fiza, Elva, me!
Ye Elva tu kitorang suruh pakai tudung untuk nampak seragam.. Hehe.. 

     Happy je lepas kawad..

      Inilah 'monopod' kami.. Hahha.. 








Wednesday, 9 April 2014

Hari ini di sekolah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ha.. Hari ni macam-macam jadi dekat dekat sekolah.. 
Masa aku bangun tidur pagi tadi terus fikir 'alamak hari ni ada ujian lisan satu apa pun tak hafal' sampai je sekolah aku terus hafal dialog sementara tunggu perhimpunan mula.. Alhamdulillah aku berjaya hafal... 

Masa kawan-kawan tengah buat ujian lisan, aku tengok je la persembahan diorang.. Masa Bahasa Melayu (bm) 1 jam 10 minit je.. Confirm kumpulan aku tak sempat buat pembentangan dekat depan sebab ada 6 kumpulan dan aku kumpulan yang terakhir.. Masa pembentangan kumpulan ke-4, ahlinya terdiri daripada Alvin, Iman, Syed dan Alia.. Diorang ni banyak melalut supaya boleh cover yang diorang ni tengok kertas.. Hahha.. Jangan marah ye korang.. Ramai lagi yang tengok kertas sebenarnya.. Masa Alvin tengah buat pembentangan tiba-tiba ada bunyi siren yang biasa aku dengar dekat balai bomba.. "Kecemasan!!" Aku jerit..
Lepas tu aku terus lari ke pintu belakang sebab pintu tu paling dekat dengan aku..
Sebelum lari tu aku toleh tengok cikgu, cikgu pegang kepala, tunduk dan hanya geleng-geleng je.. Hahah.. Kesian cikgu..
Aku tengok ada yang masih blur blur lagi.
Aku biar je diorang dan terus turun.. Masa aku turun tu ada 3 orang pelajar lelaki dok bersidai dekat koridor depan pss.. "Hei, turunlah, kamu buat apa dekat sini!" Cikgu Rokiah sergah diorang. Seorang daripada mereka jawab "kitorang tolong padam api cikgu" sambil tunjuk botol mineral yang dia pegang.. Hahah... Apabila sampai dekat padang, kawan-kawan aku bising "ish Syafiqah ni bomba tapi dia lari dulu" hahaha.. Baru aku sedar.. Tapi aku hanya kadet bomba.
Lepastu masa cikgu Badrol pula tengah bagi uruskan pelajar yang ada dekat padang ni, ada kelas baru sampai.. Then cikgu cakap "kelas mana yang baru sampai ni~!" Masa tu cikgu arahkan haler kearah aku dan cikgu berada di sebelah aku.. Boleh bayangkan apa aku rasa? Haha.. Seorang pelajar kelas tu cakap "cikgu, hahhaha.. Kitorang tak jumpa tempat!" Hahha.. 

Waktu petang pula ada aktiviti kokurikulum.. Ada perjumpaan untuk kelab/persatuan dengan unit beruniform.. Aku cadang nak pergi perjumpaan untuk kelab/persatuan je sebab kalau pergi unit beruniform sudah terang lagi bersuluh kena berkawad.. Cukup-cukuplah aku kawad semalam.. Semalam aku balik pukul 5.30 sebab kawad.. Ye aku tahu ada yang balik lagi lambat daripada aku.. Ini pun sebab aku minta nak balik awal..
Sampai rumah buat apa yang patut lepas tu aku tidur sampai pagi tadi.. Tu yang homework tak sentuh, lisan pun tak hafal.. Aku ahli kelab pencegah jenayah.. Wah ada bunyi macam 'spy' kan? Tadi ada 12 ahli je yang hadir.. Lepas tu bila nak buat aktiviti ...(harus dirahsiakan) ramai yang balik sebab kawad la, nanti van tinggal la.. Last-last ada 3 orang je yang boleh buat aktiviti ni.. Orang-orangnya ialah aku dan kawan-kawan (sarah & anis).. Kitorang kena pergi dari kelas ke kelas.. Pergh.. Menyeramkan.. Mula-mula okay sebab ada cikgu pengiring. Then cikgu cakap awak ber3 pergi tanpa saya boleh? "Boleh" kebetulan pula kelas yang kitorang pergi ni pelajar-pelajar dia ganas-ganas.. Hahah.. Apa-apa pun ini semua pengalaman.. 

Lepas tu aku nak balik rumah dengan niat nak ponteng kawad kaki.. Masa tengah turun sambil sembang-sembang dengan sarah & anis, ada kereta yang menuju ke sekolah jalan perlahan je sebelah aku.. Peliklah.. Bila tengok orang dekat dalam... Laaaa...! Cikgu bomba aku... Aduh, mana nak sorok muka ni.... Cikgu tu tak buka tingkap tapi aku tahu cikgu tu cakap "oooo.. Tak pergi kawad ennn... " hahah.. Sorry cikgu ini hari saya mc la..

Dari sekolah ke rumah aku jalan dengan sarah... Banyak pula anjing yang berkeliaran.. Tak ape sebab aku dah sediakan batu mana la tahu kalau anjing tu nak main kejar-kejar pula..




Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...