Tuesday, 31 December 2013

Tahun baru 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalian buat apa tu? Hahaa.. (Tak tahu nak mula entry macam mana) 

Lagi beberapa jam masuk 2014.. Sedihnya.. Ramai orang nak meraikan tahun baru.. Yela, 2014 ni umpama tetamu.. Kita kena hargai kedatangannya. Mencipta kenangan indahnya bersamanya.. 

Tapi kite ada rasa gementar juga sebab tahun 2014 kite akan menduduki espiyemm.. (SPM la..) Dah ramai wish 'good luck'.. Especially akak2 senior.. 
Ada sesetengah kawan fb update status sebab bangga tahun depan jadi senior.. 
Kite rasa tak ada benda yang perlu dibanggakan.. Jadi senior je, ingat lagi tak dulu kau pun pernah jadi junior.. 

Hmmm.. Apa azam baru kalian? Azam 2013 dah tercapai ke?
Ada orang berazam 'pada tahun 2014 aku nak capai azam 2013 iaitu azam pada 2012' heheh.. Bagus orang tu.. Dia tak berputus asa.. 
Azam kite banyak tahun ni lagi-lagi sebab espiyem.. 

Tak habis habis sebut pasal SPM.. 
Hmm.. Kite nak buang aplikasi wechat, ask.fm, nak deactivate facebook, buang game yang berlambak dalam phone.. Agaknya bila kite akan buang semua tu.. Tapi tak buang terus.. Kalau urgent, kite install semula.. Tengoklah nanti lepas spm, semua benda kite download balik.. Muahahah.. Okay la bye.. Assalamualaikum..


Buat ape tu?

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entry yang tak ada kena mengena dengan tajuk.. =='

hari ini hari terakhir bagi tahun 2013.. hmm sedihnya.. T_T banyak kenangan manis pada 2013.. kalau boleh tak nak masuk 2014 (melampau dah tu)
masa tak boleh diundur, masa boleh dihentikan, hidup perlu diteruskan, sampai bila nak jadi remaja berumur 16 tahun betul tak? lusa dah sekolah.. ada beberapa negeri antaranya Kedah akan bermula sekolah esok.. hari ini mesti menjadi hari yang mendebarkan bagi pelajar tahun 1 dan tingkatan 1..
yela., takut nak masuk sekolah baru, suasana baru, kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru..

Dulu masa nak masuk darjah 1, kite rasa macam takut nak masuk darjah 1.. Kite cakap mama tak nak pergi sekolah.. (Situasi ni bukan dekat sekolah) masa tu kite fikir 'mesti cikgu-cikgu kat sekolah garang-garang.. Hahah.. Tapi mama pandai pujuk.. Masa hari pertama sekolah memang kite rasa ... (Tak tahulah apa yang kite rasa..) lepas tu, ada orang tegur kite masa dalam kelas tu.. Kitorang pun jadi kawan.. :D

Masa nak masuk tingkatan 1 pun rasa berdebar juga.. Waktu hari orientasi tu kena pergi sekolah, banyak benda nak di'settle'kan.. Kau tahu? Masa tu adalah kali pertama aku masuk sekolah tu, tahu sekolah tu dekat mana, tahu nama penuh sekolah tu.. Selama kite tinggal kat sini, kite tak pernah tahu nama sebenar sekolah tu, dekat mana sekolah tu, macam mana sekolah tu, besar mana sekolah tu.. Macam ape je.. Lepas hari orientasi tu okay la sikit sebab ramai kawan kite sekolah kat situ juga.

Sekarang pun ada juga rasa berdebar.. Yela nak masuk tingkatan 5 dah.. Agaknya cikgu-cikgu garang-garang tak? Kejap je dah besar.. Nak masuk tingkatan 5 dah..

Okaylah sampai sini sahaja kot.. Tak tahu nak cerita pasal ape lagi..
Buku sekolah tak kemas lagi ni.. Hmmm..

Sunday, 15 December 2013

Block Pasangan Itu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Korang mesti baca entry ni sebab ada perkataan pasangan kan? Okay aku bukan nak buat entry pasal pasangan yg tengah bercinta tu.. Ni pasangan warna.. 
Sekarangkan ramai orang suka pakai pakaian warna block.. Contohnya jingga-kuning. Kalau warna yang sweet nampak cantik sangat.. Contohnya turqoise-pink..comel sangat..
Tapi ada satu pasangan warna yang buat aku terfikirkan ini (lihat gambar di bawah) apabila tengok orang pakai.. Biru-merah.. 

Perghh.. Kadang2 aku nampak  orang tu dah macam spiderman kau tahu.. Nak pilih colour pun agak2 lah.. Heheh.. Kalau warna biru muda-merah jambu okay lagi.. Tapi kalau biru tua-merah darah memang aku akan terbayang spiderman.. 

Lagi satu warna ialah hitam-putih..
Kalau baju hitam lepastu aksesori putih atau baju putih aksesori hitam okaylah..
Cthnya baju hitam polka dot putih ke.. 

Pernah suatu hari aku sertai explorace dekat sekolah.. Dekat poster tu tulis yang peserta kena pakai baju gelap sebab semua permainan guna air.. Aku pakailah baju hitam dengan tudung sekolah putih.. 
"Abah, boleh ke pakai baju hitam dengan tudung putih ni? Macam pelik je.." Aku tanya..
Kau tahu ayah aku balas apa
"Boleh. Nampak macam tahi cicak"
Adoyai.. ==' tahu cicak pulak.. 
Nak tak nak aku pakai je lah.. Tak naklah pakai tudung bawal sebab kalau basah nampak leher.. 
Lepastu ayah aku kata lagi
"Pakailah apa pun asalkan tutup aurat"

Hmm.. Maaf lah kalau entry ni buat korang rasa panas je hati.. 
Ingat ye kawan-kawan: fesyen, fesyen jugak, aurat tetap kena jaga..

Saturday, 14 December 2013

Cerita petang ini..

Selamat petang!!!
Bosannya hari.. Patutnya pagi tadi kitorang satu keluarga rancang nak pergi Taman Tasik Perdana kini namanya ialah Taman Botani Perdana sebab ada 'family day anjuran..... (Tak ingatlah).. Bangun2 dah pukul 9 memang tak pergilah kan.. 
Satu hari ni memang aku buat kerja yang tak berfaedah langsung.. 
Menonton tv, makan tengah hari, stalk profile orang dekat ask.fm, main game.. 
See, memang aku buat kerja tak berfaedah ==' 
Harini kaklong ada kat rumah, ingatkan boleh la ajak dia joging petang-petang.. Tapi dia baru discharge dari hospital malam tadi.. Mestilah tak boleh aktif sangat.. 
Petang-petang ni aku baca blog Cik Epal sambil dengar lagu yang aku mainkan.. Kau tahu cerita Cik Epal ni lawak sangat.. Tak tahan aku gelak sampaikan aku tak sedar yang semua lagu dalam aplikasi mp3 yang aku muat turun ni habis dimainkan.. Hahah.. Okaylah ini je kot untuk entry kali ni.. :D

Saturday, 7 December 2013

gelaran apa ye?

hmmm... sampai sekarang aku tak tahu nak guna gelaran apa..
yela, kalau tulis blog ni aku tak tahu nak gelarkan diri ini apa.

nak guna 'aku' rasa macam kasar sangat.. dari kecil mama dengan abah didik supaya tak guna perkataan 'aku kau'.. tapi kalau kat sekolah aku guna juga untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas yang berjantina lelaki.. takkan nak guna 'awak saya' pula..
kadang-kadang tersasul juga guna 'aku kau' dengan kawan perempuan.. lepas tu rasa janggal pula..

kalau guna nama sendiri 'Syafiqah', panjang sangat nak mengejanya..
kalau guna 'saya' okay juga.. tapi tak tahulah kenapa aku tak guna je gelaran 'saya' tu..
ada blog yang aku baca, lagi best sebab dia guna 'guwa lu'.. tapi biasanya lelaki la..
kalau blog perempuan biasanya guna nama panggilan. Contohnya, contoh ye..  korang jangan terasa pula.. contohnya 'cik pink' .. tapi apa nama panggilan aku?
sebenarnya, aku lebih selesa guna gelaran 'kite' bukan layang-layang tapi diambil daripada perkataan 'kita'..

kalau korang baca blog aku ni mesti korang perasan yang aku asyik tukar gelaran.. kejap 'aku', kejap 'syafiqah', kejap 'kite'.. Ape pun korang baca jelah.. XD





Hikmah dari Rawang ke Johor

Hi readers! Aku punya post paling latest masa bulan 12 tahun 2020 ye, lepas heartbroken teruk sebab kena reject dengan 1 organization ni ...